Hiburan

Live IG Dengan Rem4ja B4wah Umur, Pensyarah Buat Lap0ran P0lis Terhadap Safiey Illias

Seorang pensyarah tampil membuat laporan polis berikutan tindakan usahawan kosmetik Safiey Illias yang mengadakan sesi Instagram Live bersama seorang lagi usahawan dan budak-budak bawah umur sekitar 2 pagi Rabu.

Menerusi perkongsian di FB, pensyarah yang dikenali sebagai Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar itu menjelaskan lap0ran tersebut dibuat berdasarkan 3 kes4lahan berlandaskan akta dan peraturan di Malaysia.


Menurut Rafidah, tindakan itu wajar dilakukan memandangkan ramai pihak sering bertolak ansur dan memberi muka kepada golongan terkenal seperti Safiey.

“Kita dah banyak bertolak ansur dengan mereka yang Instafamous ni.
“Ibu bapa, kejadian ini berlaku 1.50 pagi. Anak-anak tak sepatutnya menggunakan HP waktu dinihari dan bagi tujuan melawat atau terlibat dalam IG Live sebegini,” kongsinya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, majoriti netizen menyokong tindakan Rafidah dan berharap agar usahawan-usahawan yang terlibat itu dikenakan hukum4n setimp4l.

Selain itu, pensyarah itu turut menegaskan kepada ibu bapa agar mengawal penggunaan telefon pintar an4k-an4k terutamanya ketika melayari laman sosial di waktu malam.

Terdahulu, video Instagram 2 ‘lelaki jelma4n wanita’ itu menjadi tul4r apabila memperlihatkan keduanya mengadakan sesi Live bersama 2 rem4ja lelaki b4wah umur.

Apa yang lebih mengejutkan kedua-duanya seakan memberi galakan agar remaja-remaja yang tersebut menari seperti di kelab malam selain didakwa mengajar mengambil bahan terlarang.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kami
Sumber: OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *