Hiburan

Video cantik Ruhainies ‘counting day’ yang cukup mewah raih perhatian ramai

Pelakon, Ruhainies sejak akhir-akhir ini semakin menjadi bualan hangat wargamaya apabila lakonannya yang menjadi dalam drama berjudul Cukup Derita Itu mendapat respon positif ramai dengan hasil gandingannya bersama Hisyam Hamid.

Walau bagaimanapun, selain kerjaya orang ramai berteka-teki mengenai hubungannya dengan seorang jejaka pilihan hatinya yang mana dia didakwa sedang menghitung hari untuk disatukan.

Ini kerana, Ruhainies menerusi ruangan Instagram peribadinya telah membuat hantaran video seperti memberikan bayangan dia akan menamatkan zaman solonya itu.

Ruhainies

Selepas kakaknya, Risteena Munim berkahwin pada Mac lalu, orang ramai menantikan pula majlis perkahwinan Ruhainies selepas sebelum ini telah mendedahkan hubungan cintanya dengan seorang jejaka yang masih juga tidak dikongsikan wajah jejaka tersebut kepada umum.

Biarpun begitu, Ruhainies menerusi ruangan Instagram memuat naik posting yang memaparkan dirinya bersiap sedia dengan begitu cantik memakai gaun serba putih berserta dengan kata-kata menghitung hari.

Meskipun masih belum ada kenyataan rasmi daripada pelakon itu sendiri, namun ramai sudah mula membanjiri bermacam-macam komen buat Ruhainies.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ruhainies7


Ruangan komen di posting terbabit, Ruhainies menerima komen-komen tahniah daripada rakan selebriti seperti pasangan dalam drama Cukup Derita Itu, Hisyam Hamid mengucapkan tahniah buatnya.

Dalam pada itu, peminat dan pengikut di Instagram Ruhainies juga mengucapkan tahniah dan memuji kecantikannya dalam video dimuat naik tersebut.

“Tahniah sis”

RuhainiesIMG_20210613_075200

“Yeay! Semoga dipermudahkan”

IMG_20210613_075218

“Tahniah… cantiknya”

IMG_20210613_075235

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *