Hiburan

Mawar Rashid Belajar Mengaji Di IG, Seronok Ajak Orang Kumpul Pahala

Usahawan dan pelakon, Mawar Rashid memanfaatkan tempoh PKP dengan mengadakan aktiviti kelas mengaji bersama seorang ustaz di Instagram ‘live’ miliknya.

Mawar atau nama penuhnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid berkata, dia menerima pelbagai reaksi positif pengikutnya yang menyertai sesi siaran langsung tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mawar Rashid (@mawarashid)


Bagaimanapun, tidak dinafikan ada juga mempersoalkan tindakan pelakon berusia 26 tahun itu yang disifatkan menunjuk-nunjuk namun dia memilih untuk berdiam sahaja.

“Saya sedar ada juga komen neg4tif yang mengatakan tak perlu la mengaji kat sosial media. Kita nak mengajak orang untuk melakukan kebaikan. Semuanya bergantung pada nawaitu kita.
“Tapi tak apa… 100 orang gembira dengan perkongsian itu dan hanya seorang sahaja yang neg4tif. Bagi saya, janji ramai orang yang gembira sebab saya pun terima banyak DM yang sangat positif.

“Kita ajak orang buat perkara baik dalam pada masa sama kita pun akan dapat pahala. Macam Ebit Lew, dia bantu orang dan secara tak langsung mengingatkan kita untuk banyakkan sedekah juga,” katanya.

Malah, pelakon drama TQ Captain itu terharu apabila mengetahui penyanyi Ai Wahida menjadikan dirinya sebagai inspirasi untuk memperbetulkan bacaan mengaji.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mawar Rashid (@mawarashid)

“Saya jadi seronok dan teruja untuk teruskan kelas mengaji di Instagram sebab ramai orang DM cakap seronok dapat sertai kelas itu sekali.
“Masa sebelum saya bertudung, saya ada belajar mengaji tapi berhenti lama juga. Tapi waktu itu, saya memang nak belajar untuk berhijrah menjadi muslimah yang baik,” kongsinya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kami
Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *