Hiburan

“Peny4kit Ini Berk4it Dengan Keturvnan” Michael Ang Hid4p Glauk0ma, Rislko Bvta Jika L4mbat Buat Pembed4han

Michael Ang bernasib baik sempat melakukan pembedahan mata bagi merawat penyakit glaukoma yang dihidapinya.

Michael, 45, berkata, dia berkemungkinan akan hilang penglihatan disebabkan kesan penyakit tersebut jika lambat mendapatkan rawatan.

“Sebenarnya dari tahun lepas saya dah buat medical check up dan memang dikesan ada penyakit glaukoma.

“Tapi disebabkan saya sibuk shooting jadi tak sempat nak buat follow up dan sekarang masa yang sesuai, saya terus buat pembedahan sebelum keadaan jadi teruk.

Michael sekali lagi akan jalani pembedahan di mata sebelah kiri pula minggu depan.

“Saya buat pembedahan mata sebelah kanan dahulu dan untuk mata kiri akan dilakukan minggu hadapan,” katanya ketika dihubungi mStar.

Michael melakukan pembedahan glaukoma di sebuah pusat perubatan di Ara Damansara, Selangor pada Isnin.

Menurut Michael, penyakit glaukoma yang melibatkan tekanan pada saraf mata merupakan antara penyakit keturunan dan dia sendiri mempunyai seorang sepupu yang menderita disebabkan penyakit tersebut.

“Doktor beritahu penyakit ini juga berkait dengan keturunan dan memang dalam keluarga saya ada sepupu yang hidap glaukoma.

“Disebabkan dia terlambat buat rawatan, sekarang mata dia dah buta sebelah.

“Mungkin kalau tangguh lagi, perkara sama boleh berlaku pada saya… nasib baik sekarang tengah PKP bolehlah saya buat pembedahan, kalau tidak memang sebelum ini tiada masa disebabkan terikat dengan komitmen kerja,” katanya.

Michael nasihatkan jangan ambil enteng tentang masalah kesihatan mata.

Menceritakan peringkat awal dia mengalami penyakit tersebut, pengarah drama Perempuan Tanpa Dosa itu berkata matanya sering dalam keadaan kabur dan kurang jelas.

“Masa saya shooting drama saya dah perasan dah mata saya sekejap clear, sekejap kabur dan kadang-kadang rasa macam ada ulat bergerak dalam mata.

“Disebabkan itu saya buat pemeriksaan kesihatan alang-alang saya dah buat full medical check-up, saya suruh doktor periksa mata sekali.

“Kita selalu ambil ringan pasal masalah mata, jangan begitu… kalau rasa ada tidak kena sahaja pada mata anda, terus pergi periksa sebelum terlambat!” pesannya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kami
Sumber: Fiona

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *