Hiburan

“Sentap Tak?” Manjakan Isteri Dengan Cara Ajar Mengaji, Ramai Tabik Pada Aeril Zafrel!

Setiap pasangan suami isteri pastinya mempunyai cara mereka yang tersendiri dalam memanjakan satu sama lain dan sebagai orang luar takkan kita nak pertikaikan pula tindakan mereka kan?

Sebelum ini, pelakon Aeril Zafrel pernah menerima komen cemuhan yang mengatakan beliau terlalu memanjakan isterinya iaitu Wawa Zainal dan perkara itu membuatkan individu berkenaan tidak senang hati.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel)


Namun apa yang dilakukan oleh Aeril itu tidak sepatutnya dipertikaikan pun kerana itu merupakan rumah tangganya sendiri dan sebagai orang luar sepatutnya hanya ikut yang baik-baik sahaja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel)


Kali ini, Aeril telah membuat ‘comeback‘ dengan menunjukkan cara sebenar beliau memanjakan isterinya supaya mereka dapat sama-sama mengejar pahala akhirat.

Aeril telah kongsikan satu video pendek menunjukkan beliau sedang mengajar Wawa mengaji Al-Quran.

Perkara itu membuatkan ramai memuji tindakan bapa kepada tiga cahaya mata itu kerana itu merupakan contoh suami yang baik.

Disebabkan itu lah kita tidak sepatutnya mempersoalkan cara seorang suami atau isteri menjalankan tanggungjawab mereka dalam rumah tangga.

Sumber foto dan video: Instagram Aeril Zafrel

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.hotfm.com.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *