Hiburan

Tak Bermewah, Juliana Evans Sambut ‘Birthday’ Suami Guna Barang MR DIY

Baru-baru ini, pelakon dan pengacara Che Puan Juliana Evans memuat naik sebuah posting di laman Instagram meraikan ulang tahun kelahiran suaminya, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah.

Lebih menjadi perhatian apabila isteri kepada kerabat diraja Selangor itu memilih untuk menyambut secara sederhana bersama cahaya mata mereka, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah yang dipanggil Milly.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Juliana Sophie Evans (@julianaevans)


Menerusi posting itu, Che Puan Juliana atau nama penuhnya Juliana Sophie Johari Evans berkata, beliau membeli dekorasi dari kedai MR DIY sahaja bagi menghiasi sambutan tersebut di kediaman mereka.

“Surprise birthday for my hubby at home last night worked! Macam biasa la decorations semua beli kat our favourite store Mr DIY je. Hope you like the simple celebration sayang,” tulisnya.

Pelakon berusia 32 tahun itu turut mengucapkan terima kasih kepada suaminya kerana menjadi pasangan serta bapa yang baik sekali gus membawa kegembiraan serta kebahagiaan buat mereka sekeluarga.

“Semoga keluarga kita bertambah besar dan semoga Allah murahkan rezeki sayang lagi… Alhamdulillah amin,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menitipkan ucapan hari lahir kepada Tengku Shariffuddin Shah yang lebih mesra dipanggil sebagai Tengu Adeq.

Selain itu, ada juga segelintir individu membuat speklulasi mengenai kehamilan seolah-olah ternampak ‘baby bump’ Che Puan Juliana dalam foto berkenaan.

Terdahulu, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada April 2017 dan dikurniakan Milly yang kini berusia dua tahun.

 

Sumber: Instagram Aeril_zafrel by Motif Viral

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kami
Sumber : Motif Viral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *