Hiburan

[VIDEO] Bila Adik Pujuk Abang Nangis, Telatah Anak-Anak Pasangan Pelakon Ini Cvri Perhatian!

Hubungan adik-beradik sejak dari kecil lagi memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Dibesarkan bersamas-sama, sudah pastinya segala baik bvruk cukup kenal dengan keluarga sendiri.

Malah telatah anak-anak yang membesar kadang-kadang boleh membuatkan diri rasa terhibur bila menyaksikannya di sosial media. Sama seperti telatah anak-anak Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana ini. Dalam satu video yang dikongsikan di Tiktok ini kelihatan dua anak mereka sedang duduk di dalam kereta.

Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah apabila si adik pujuk abang nangis dengan gaya yang cukup matang. Tambahan pula si adik adalah perempuan. Dalam rakaman itu kedengaran si adik pujuk abang nangis dengan meminta abangnya berhenti menangis. Si adik juga memelvk dan mengusap si abang.

Berikut adalah rakaman dua beradik ini yang sangat comel yang dimuat naik di Tiktok Puteri Sarah Liyana:

Alahai pandai betul si adik memujuk ya? Perkongsian ini telah meraih lebih 600 ribu tontonan dan 73 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:

“Part last adik tu macam ‘ahhh letih la ceni’ hahaha”

“Waris Shark manjew nau ehh. Be good brother dah besar nanti. Comel”

“Part dia letak tangan tu be like ‘okay we’re done…’ hahaha”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *