Hiburan

Usung Perut P4lsu Seberat 15 KG Demi Menjayakan Watak Wanita H4mil – Fasha Sandha

Mungkin ramai yang berpendapat bidang lakonan merupakan satu lapangan pekerjaan yang mudah. Tetapi, masih ada yang tidak tahu banyak cabaran yang perlu dilalui untuk mendapatkan hasil yang baik.

Begitulah yang dialami oleh pelakon Fasha Sandha ketika membawakan watak wanita hamil bernama Nisa menerusi drama Sc4mmer.

Menurut Fasha, cabaran terbesar yang perlu dilaluinya adalah sewaktu perlu memakai perut p4lsu yang mempunyai berat sebanyak 15 kilogram.

“Sebelum ini saya pernah membawakan watak wanita h4mil juga dan saya ada mengenakan perut palsu. Tetapi, kebiasaannya, perut tersebut kosong dan ringan.

“Namun, menerusi drama Scammer, perut tersebut diperbuat daripada silikon dan ia seberat 15 kilogram! Walaupun kulit berbirat dan terasa gatal-gatal, tetapi saya tetap pakai demi menjayakan watak.

“Sungguhpun menc4bar, tapi hasilnya sangat memuaskan hati,” ujar Fasha ketika ditemu bual pada sesi sidang media virtual drama Scammer baru-baru ini.

Dalam pada itu, Fasha turut berasa bertuah kerana digandingkan dengan pelakon Arash Mohamad yang memegang watak Razman, iaitu ayah kepada Nisa.

“Selalunya kami menjayakan watak suami isteri. Tetapi dalam drama Scammer saya menjadi anak kepada abang Arash.

“Walaupun pada permulaan agak kek0k, tapi lama-lama kami serasi. Saya rasa drama ini merupakan drama yang menampilkan sisi metod abang Arash yang paling banyak,” ujar Fasha lagi.

Selain Fasha dan Arash, drama Scammer turut dibintangi oleh Siti Saleha, Kamal Adli dan Didie Alias. Drama terbitan Radius One ini sudah mula ditayangkan pada 24 Mei lalu pada pukul 11 malam menerusi Astro Ria.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kami
Sumber: Oijom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *