Hiburan

Empat Beradik Albino Dis4ngka An4k ‘Mat Salleh’

PASIR MAS – Berkulit putih, rambut perang dan bermata biru membuatkan empat beradik dari Kampung Jejulok, di sini, sering dianggap sebagai anak orang Inggeris atau ‘mat salleh’ disebabkan keadaan fizikal semula jadi mereka.

Begitupun, hakikatnya empat beradik itu Muhammad Adam Haris Zawawi (7), Muhammad Azim Hafiz (6), Muhammad Aiman Haziq dan kembarnya, Muhammad Amirul Haziq (4) adalah pengh1dap penyak1t Albino.

Ibu mereka, Suzita Zakaria,37, yang merupakan seorang suri rumah berkata, kesemua empat anaknya itu disahkan mengh1dap albino sejak mereka dilahirkan dengan memiliki rupa paras dan fizikal persis ‘mat salleh’.

“Sebelum melahirkan empat cahaya mata istimewa itu, saya sudah mempunyai tiga orang anak.

Bagaimanapun ketiga-tiga mereka tidak mempunyai masalah albino,” katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Sabtu.

Sebelum itu, keluarga berkenaan menerima kunjungan dari Ketua Pegawai Eksekutif MZ Gold, Murtadhatumizi Mustapha yang menyampaikan sumbangan telefon pintar untuk kegunaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) kepada Muhammad Adam Haris yang merupakan murid Tahun Satu.

Murtadhatumizi (kiri) daripada MZ Gold menyampaikan sumbangan telefon pintar untuk kegunaan PdPR kepada Muhammad Adam Haris (empat dari kanan) yang merupakan murid darjah satu.

Menceritakan lebih lanjut, Suzita secara jujurnya berkata, dia dan suami, Zawawi Mustafa, 38, mengakui terkejut apabila mendapati anak keempat yang dilahirkan iaitu Muhammad Adam Haris menghidap albino selepas dimaklumkan oleh doktor.

Katanya, lebih mengejutkan lagi apabila kesemua zuriat yang dilahirkan selepas itu juga mengh1dap albino namun dia menerima ketentuan itu sebagai rezeki dari Yang Maha Esa.

Suzita berkata, dia bersyukur apabila empat cahaya matanya itu sihat dan bebas daripada sebarang penyak1t bahay4 termasuklah ‘kalis’ panas.

Bagaimanapun dia berkata, empat beradik itu perlu memakai cermin mata setiap kali berada di luar rumah bagi melindungi mata daripada cahaya matahari.

Berkulit putih, rambut perang dan bermata biru membuatkan empat beradik dari Kampung Jejulok, Pasir Mas sering dianggap sebagai anak orang Inggeris atau ‘mat salleh’ disebabkan oleh faktor fizikal semula jadi itu.

Berkulit putih, rambut perang dan bermata biru membuatkan empat beradik dari Kampung Jejulok, Pasir Mas sering dianggap sebagai anak orang Inggeris atau ‘mat salleh’ disebabkan oleh faktor fizikal semula jadi itu.

“Pernah satu ketika penduduk dari luar kampung ini nyaris terbab4s ke dalam parit berhampiran selepas ‘teruja’ melihat empat beradik itu bermain di hadapan halaman rumah.

“Peringkat awal, penduduk setempat dan orang ramai sukar untuk menerima kehadiran anak-anak saya kerana kelihatan pelik bagi pandangan mereka.

“Namun semuanya berubah dari hari ke hari apabila anak-anak mula mendapat perhatian dan sehinggakan mereka sering menjadi tumpuan ramai,” katanya.

Menurutnya, lebih mengujakan lagi apabila keempat-empat anaknya itu turut tular di aplikasi Tik Tok selepas gelagat mereka dikongsi oleh sepupu, Muhd Faisal Mohd Yusof, 18, sehingga mendapat lebih 1 juta tontonan.

Empat beradik albino mulai tular di laman sosial Tik Tok selepas aksi mereka dikongsi oleh sepupu, Muhd Faisal (kanan).

Suzita berkata, dia bersyukur dengan apa yang berlaku kerana sebelum ini ramai yang cuba menyisihkan anak-anaknya.

Katanya, salah seorang anaknya, Muhammad Adam Haris pernah mengadu dia tidak mempunyai kawan di sekolah disebabkan oleh bentuk fizikalnya yang berbeza sehingga ada yang menggelarnya budak cac4t.

Justeru, dia berharap dengan adanya pendedahan ini masyarakat dapat menerima kehadiran kanak-kanak albino seperti manusia normal yang lain.

Sumber:Sinar Harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://www.dnq.pw/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *