Hiburan

“Haaa baru kau tahu!!”- BeIIa Kongsi Kenangan Bersama Ex-Boyfriend Depan Suami, Ramai Tak Tahan Tengok Reaksi AIiff Aziz

Pelakon Bella Astilah berkongsi cerita tentang kenangannya bersama bekas kekasih di hadapan suaminya, Aliff Aziz.

Perkongsian itu didedahkan ketika pasangan itu bersama adik beradik Bella sedang bermain satu permainan Truth or Dare.

Video sewaktu permainan itu dikongsikan sendiri oleh Bella di akaun Instagram miliknya.

“I just can’t,” tulis Bella.

Menerusi video tersebut Aliff memilih kad soalan yang perlu Bella jawab.

Soalannya adalah ; Ceritakan kenangan bersama bekas kekasih yang masih tak dilupakan.

Bella pada mulanya tidak mahu menjawab namun selepas dipaksa adiknya, Didi Astilah dia berkongsi satu kenangan pendek.

“Ada lah…naik motor dalam hujan-hujan,” kongsinya sambil disaksikan oleh Aliff.

Aliff memberi respon seperti cemburu dan ‘panas’ dengan perkongsian tersebut.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut tidak tahan melihat reaksi Aliff yang kelihatan jelas cemburu.

“Hahahaha .. Aliff jealous lah tuh,” sakat salah seorang pengikutnya.

“Hahahah tau cemburuuu….hahaha sayangg sangat tu gayanya Aliff,” kata salah seorang netizen.

“Pucat muka Aalif, bila Bella kata naik motor masa hujan..mesti kuat debaran jantung tu kan,”komen salah seorang warga maya. Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016.

Bagaimanapun, mahligai mereka beberapa kali diuji hingga kemuncaknya berakhir dengan perceraian pada 16 Mei, tahun lalu. Namun, pasangan ini rujuk ketika dalam tempoh edah, namun, perkara itu dirahsiakan kepada pengetahuan umum.

Pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata.


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *