Hiburan

Aniq Suhair Jadi Sukarelawan Di Pusat Penilaian Pesakit CVD-19

Pelakon baru yang semakin meningkat naik yang juga bekas finalis Hero Remaja, Aniq Suhair telah menjadi sukarelawan di pusat penilaian pesakit covid-19 di Stadium Titiwangsa.

Perkara itu telah dikongsikan Aniq di akaun Instagram miliknya dengan memuatnaik fotonya yang lengkap berpakaian PPE.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ANIQ SUHAIR (@aniqshr)


Kongsi Aniq di bahagian kapsyen, semalam adalah hari pertamanya bertugas sebagai sukarelawan dan merasai sendiri pengalaman sebagai petugas barisan hadapan dalam mengendalikan kes covid-19.

Tambah Aniq lagi, semuanya berlaku secara kebetulan kerana dia cuba memanfaatkan PKP kali ini dengan menjadi sukarelawan dan tidak sangka dirinya terpilih dan diminta untuk bertugas di zon merah.

“BADAN DITENGGELAMI LAPISAN PPE, HATI BERASA NERVOUS, TAKUT DAN TAK SABAR AT THE SAME TIME. ALHAMDULILLAH SEMUA PESAKIT COVID-19 YANG DATANG SEMUANYA DALAM KEADAAN BAIK, TETAPI HATI NI SEBAK BILA MELIHAT ANAK KECIL DAN WARGA EMAS TURUT HADIR. ANIQ CUMA MAMPU MEMBERI KATA SEMANGAT DAN MENCERIAKAN MEREKA SEMASA MENGAMBIL VITAL SIGN & SP02”, KONGSINYA

Memang kagum dengan sikap Aniq yang sanggup menjadi sukarelawan demi membantu pesakit covid-19. Daripada tidak buat apa-apa sewaktu tempoh PKP ini, lebih baik curahkan tenaga untuk membantu petugas barisan hadapan kita. Ini barulah hero remaja yang sebenar!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kami
Sumber:Oijom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *