Hiburan

“Ehh B4b1, Pergi M4ti Lah…,” Nabila Huda S0und Org B0dy Sh4mming Dirinya

Masalah b0dy sh4ming atau menghina bentuk badan orang lain seakan sudah menjadi tabiat masyarakat kita. Walaupun sekadar berbasa-basi, namun siapa sangka ia boleh menyakitkan hati orang lain.

Menerusi perkongsian di Instagram pelakon terkenal, Nabila Huda, dia telah meluahkan rasa terkilan dengan sikap sesetengah orang yang menjadikan bentuk badan sebagai subjek untuk bergurau.

Menurutnya lagi, sebagai seorang pelakon, dia tahu apa yag harus dibuat untuk menjayakan sesuatu watak terutamanya melibatkan bentuk badan.

Mereka boleh saja menjadi kurus dan berisi dalam tempoh waktu tertentu untuk memastikan watak yang dilakonkan ketika itu berkesan.

Menurutnya, dia pernah beberapa kali mengalami kejadian body shaming sehingga membuatkannya berasa hilang sabar.

Perkara tersebut berlaku kerana individu terbabit sesuka hati menyentuh isu bentuk badannya sedangkan diri sendiri pun ‘2×5’ sahaja.

Jadi, Nabila Huda berpesan supaya hentikanlah budaya menegur orang dengan menyentuh isu berat badan kerana bukan semua orang dapat menerima hal tersebut.

Dia meminta orang ramai supaya gembira dengan bentuk badan sendiri dan tidak menjadikan hal tersebut sebagai sesuatu yang membebankan fikiran.

Anak kepada penyanyi terkenal Amy Search itu juga memaklumkan yang dia boleh sahaja mengurangkan berat badan atau menambahnya pada bila-bila masa kerana itu merupakan salah satu tuntutan dalam kerjayanya.

Memandangkan sekarang masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan hanya duduk di rumah, apa yang perlu dia kisahkan dengan  bentuk badannya.

Nabila Huda juga sempat memberikan kata-kata sinis dengan membidas individu-individu yang suka menghakimi bentuk badannya dengan menyatakan yang dia tetap popular, gembira dan mempunyai seorang ayah yang terkenal walaupun gemuk.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kami
Sumber: OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *