Hiburan

Myvi AmbiI Lajak Macam Bawa TreIer, Rider Terjatuh Ny4ris BerIanggar

Sebut sahaja Perodua Myvi, pasti ramai kenal dengan model hatchback yang terkenal dengan jolokan ‘King’. Malah, ada sahaja kisah menarik kita dengar mengenai Myvi.

Namun kali ini tular video di TikTok dimana seorang rider ny4ris berl4nggar sebuah Perodua Myvi yang masuk simpang secara tiba-tiba. Bagaimanapun, rider itu terjatuh disebabkan brek secara mengejut.

Menerusi video berkenaan, pemandu Myvi tersebut berhenti dan keluar dari kereta selepas perasan rider itu terjatuh.

Namun apa yang menjadi perhatian ramai, tindakan pemandu Myvi berkenaan yang dilihat seperti ‘menadah tangan’ seolah meminta maaf kepada rider tersebut.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi dikalangan netizen menyindir dengan mengatakan pemandu Myvi itu seolah membawa treler apabila mengambil lajak jauh untuk masuk ke simpang.

Tidak kurang juga ada yang berseloroh mengatakan mungkin setiap hari bawa lori tayar 24 namun terlupa pada hari tersebut memandu Myvi sahaja.

Difahamkan kejadian itu berlaku di kawasan Lembah Sireh, Kota Bharu, Kelantan. Apa pun diharap menjadi iktibar kepada semua, nasib baik tiada pel4nggaran atau pun perkara buruk berlaku.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : gulapop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *