Hiburan

Bakal Hantar Anak Ke Sekolah Tahfiz, Rita Rudaini Mahu Berhenti Berlakon Sebelum Usia 50 Tahun?

Pelakon, Rita Rudaini meluahkan hasrat untuk meninggalkan dunia lakonan sebelum usianya mencecah 50 tahun. Menerusi laporan Berita Harian, Rita turut memberitahu bahawa dia mempunyai alasan sendiri kenapa ingin bersara sebelum melangkau usia tersebut.

Menurut Rita, dia tidak pernah terfikir soal populariti ketika usianya mencecah 50 tahun. Sebaliknya, dia mahu menjaga hati kedua-dua orang cahaya matanya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna yang bakal dihantar mengikuti pengajian tahfiz. Tambah Rita, dia tidak mahu selamanya bergelar pelakon meskipun sudah dua dekad berada di dalam industri tersebut.

Saya hanya mempunyai tempoh antara tiga hingga empat tahun sebelum bersara. Pada usia 50 tahun, saya mahu berhenti bergelar pelakon. Saya mahu menghabiskan masa di rumah dengan belajar ilmu agama. Sebenarnya, saya merancang menghantar Rayyan dan Arjuna mengikuti pengajian di sekolah tahfiz. Saya tak mahu anak-anak melihat saya gigih berlakon ketika itu. Saya kena jaga hati anak-anak.

Bercerita mengenai perancangan pada masa hadapan, Rita dipercayai ingin mendalami dunia perniagaan seandainya ada rezeki. Ujar Rita lagi, dia tidak mendambakan kehidupan yang mewah, sebaliknya bersyukur dapat mengusahakan sebuah perniagaan secara kecil-kecilan.

Saya ingin menikm4ti hidup dengan melihat anak-anak membesar di hadapan mata. Sejujurnya, saya seronok duduk di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Saya dapat meluangkan banyak masa dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama.

Bagi Rita, menyediakan pelajaran, makan, pakai dan tempat berlindung untuk anak-anak merupakan perkara utama. Sebagai ibu tunggal, Rita turut memberitahu bahawa perasaan mahu kembali bergelar isteri masih tiada. Namun, dia tidak akan menolak seandainya Allah menghantar seseorang buat dirinya.

Sumber: Berita Harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://ohbulan.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *