Hiburan

Kongsi Resepi Dengan Pendahuluan Panjang, Jenaka Shiha Zikir Mencuit Hati Ramai

Aplikasi Instagram boleh dijadikan sebagai medium untuk penyampaian yang sangat berkesan.

Tidak hanya digunakan untuk berkongsi tentang kehidupan seharian, aktiviti memasak pun boleh menjadi sebab sesebuah hantaran itu mendapat perhatian.

Penyanyi dan pelakon Shiha Zikir telah memuat naik satu video masakan di Instagram beliau pada 21 Jun 2021.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shiha Zikir (@shihazikir)


Video tersebut menunjukkan Shiha berkongsi resepi Kari Kepala Ikan Merah.

Hurm VO masih tidak berjaya..Maafkan saya ya..Ini antara makanan feberet family shiha..So shiha share resipi mudah cara Shiha ye..Nak follow silakan,tamo tappa aaa..

Bagaimanapun, Shiha merasakan bahawa suara latarnya untuk perkongsian resepi tersebut masih tidak bagus.

Pendahuluan untuk video tersebut dikira agak panjang, tetapi menariknya ia disertakan dengan jenaka beliau.

Melalui ruangan caption, Shiha ada menulis resepi penuh untuk masakan tersebut.

“Kari Kepala Ikan Tak Berapa Merah :

Blend :

•bawang besar (2biji)

•bawang putih (4/5 ulas)

•rempah kari ikan

•kalau nak pedas,blend dgn cili padi dlm 5biji

~tumis bawang merah (bawang merah habis so tak pasal2 shiha kena tumis bawang holland 😅),bawang putih,daun kari & halba campoq

~masuk bahan blend tadi,garam,serbuk perasa kalau nak & asam jawa

~tunggu pecah minyak,masukkan kepala ikan

~kacau sat pastu masukkan santan & air ikut kuah banyak mana hangpa nak

~masukkan tomato & cili.Ni pun terpulang ampa..Nak masukkan bendi pun okay 💋.”

Sementara itu, perkongsian Shiha ini mendapat perhatian ramai yang mana ia berjaya mencuit hati mereka.

Walaupun Shiha merasakan suara latarnya untuk video itu gagal, namun perkongsian itu masih bermanfaat kerana disertakan dengan resepi melalui ruangan caption.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kami
Sumber : https://klmedia.dnq.pw/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *