Hiburan

Akhirnya Ada Khabar Terbaharu Daripada Anita Sarawak Selepas 10 Tahun Menghilang

Di manakah penyanyi Anita Sarawak kini berada? Kenapa begitu lama beliau menghilangkan diri? Deretan persoalan tersebut mungkin sekali pernah bermain di fikiran kita.

Namun hakikatnya, adakah benar Anita Sarawak kini berada di Las Vegas, Amerika Syarikat seperti yang diperkatakan?

Begitupun, peminat mungkin boleh menarik nafas legas apabila wartawan hiburan, Shuib Taib menerusi Astro Awani menerima balasan mesej daripada suami Kak Nita iaitu Mahathir menersusi ucapan hari lahir yang dikirim di Instagramnya.

Thank you very much Shuib. We miss you,” tulis Mahathir.

Menurut Shuib, walaupun jawapan yang diterima sangat pendek, namun, mesej yang diterima sedikit sebanyak memberi kelegan buat Shuib yang rapat dengan pasangan tersebut.

“Abang Mahathir dan Kak Nita sihat seadanya, mereka mahu menikmati hidup yang normal,” ujar Shuib tanpa memaklumkan di mana pasangan itu kini menetap.

Anita yang juga anak kepada seniman dan seniwati legenda, Allahyarham Datuk S Roomai Noor dan Allahyarham Siput Sarawak mesra disapa sebagai Kak Nita manakala suaminya pula dikenali sebagai Abang Mahathir.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kami
Sumber: Oijom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *