Hiburan

“Aku Kena Sam4n Lagi Guys” – Lan Solo Beng4ng Individu Buat Aduan Terhadap Kedainya Sehingga Disam4n

Rata-rata peniaga sekarang tentu terkesan hasil jualan mereka gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) buat kali ketiga ini. Orang ramai tidak dibenarkan keluar rumah sesuka hati, jadi kedai-kedai pun tidak ramai yang datang berkunjung. Kesannya, hasil pendapatan para peniaga terjejas teruk. Bila dah semakin kurang hasil ni, kalau boleh tak nak lah timbul masalah lain pula, seperti contoh disam4n oleh pihak berkuasa.

Bagaimanapun, perkara itu tetap berlaku dan tak dapat dielakkan. Terbaharu menerusi perkongsian di Instagram, Lan Solo menyuarakan ketidakpuasan hatinya apabila dia disaman oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) sekali lagi. Namun, ketidakpuasan hati itu bukan ditujukan kepada penguatkuasa, tetapi kepada individu yang membuat aduan.


Menurut Lan, atau nama sebenarnya, Mohd Razlan bin Mohamed Yusof, pihak MBSJ menerima aduan menyatakan Lan yang sedang memasukkan barang ke dalam kedainya dari lori, mengganggu lalu lintas. Lan yang masih sedang menguruskan barangnya itu bagaimanapun terus didatangi penguatkuasa MBSJ dan dikenakan denda.

“Waktu loading barang dalam kontena lah waktu tu ada orang buat aduan. Waktu tu jugalah MBSJ terus datang,” ujar Lan.

Walaupun aduan tersebut menyatakan Lan mengganggu lalu lintas, namun menurut Lan pada ketika itu tidak ada kenderaan yang banyak lalu di situ. Kata Lan lagi, pada ketika itu kedainya memang kelihatan sedikit ses4k, namun dia tetap menyatakan ketidakpuasan hati kepada individu yang telah membuat aduan tersebut.

Menurut Lan, disebabkan sudah ada yang membuat aduan, maka pihak MBSJ tetap perlu mengeluarkan denda terhadapnya. Ini juga bukan kali pertama dirinya menerima aduan seperti itu sehingga dikenakan denda. Dalam pada itu, rakan-rakan artis yang lain tetap memberikan kata-kata semangat buat Lan dan mintanya bersabar atas musibah yang menimpanya ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.koolfm.com.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *