Hiburan

“Saya pernah rasa nk tvmbuk artis…” -SeIaIu Buat Content TikTok PerIi Orang, Ramai ‘Ger4m’ Dengan AeriI ZafreI

Seperti yang ramai sudah tahu, pelakon Aeril Zafrel telah digelar sebagai Mr. President TikTok oleh kebanyakan anak muda yang menggunakan aplikasi berkenaan.

Jadi tidak mustahil sekiranya Aeril itu dikatakan sebagai seorang yang cepat mengikut trend di TikTok walaupun dalam masa yang sama beliau perlu menumpukan perhatian terhadap keluarga dan perniagaan yang dijalankan olehnya.

Namun nampaknya sudah ramai ‘naik geram’ terhadap bapa kepada tiga cahaya mata ini apabila beliau sekali lagi tampil bersama dengan content TikTok yang tidak disangka-sangka.

Kebiasaannya di TikTok, pengguna akan menggunakan lagu sedih bagi menggambarkan perasaan mereka pada ketika itu, tetapi tidak bagi Aeril.

Beliau telah menggunakan lagu Rindu Setengah mat! nyanyian asal kumpulan D’Masiv bagi muzik latar bagi video wajah ‘sedihnya’ itu.

Disebabkan itu ramai pengikutnya di TikTok berasa geram kerana beliau sering tampil dengan content lain daripada yang lain sehingga membuatkan ramai terhibur.

Rasanya memang tak salah pun bagi gelaran Mr. President TikTok dekat Aeril sebab beliau memang selalu muncul dengan content yang tak disangka-sangka ya.

Sumber foto dan video: TikTok Aeril Zafrel

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://www.terengganutv.bbn.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *