Hiburan

“Suara bunyi macam kartun” – Syafiq Farhain maIu bawa Iagu rancak, seIesa nyanyi rentak jiwang… Iebih ‘feeI’

SELESA menyanyikan lagu-lagu berentak balada, penyanyi Syafiq Farhain berkata dia belum yakin untuk keluar dari zon ‘selamat’ berikutan tiada material yang sesuai dengan vokalnya.

Menurut Syafiq atau nama sebenar Nursyafiq Farhain A.M Salim, 27, dia pernah cuba membawakan lagu bergenre lain namun hasilnya tidak memuaskan.

“Sebenarnya bukan tak mahu cuba, tapi rasanya suara saya sesuai dengan lagu balada.

“Malah bukan saya tak pernah try… pernah je menyanyi di karaoke, tapi saya rasa tak sesuai dan bunyi macam kartun sikit.

“Jadi saya rasanya suara saya tak sesuai dengan lagu lain kecuali jumpa lagu yang sesuai dengan vokal saya,” katanya kepada mStar.

Syafiq Farhain keluarkan single terbaharu berjudul Kau Bidadari

Syafiq berkata demikian menerusi sidang media pengenalan single terbaharunya berjudul Kau Bidadari.

Hingga kini video Muzik lagu berkenaan sudah mencecah 100,000 tontonan di YouTube sejak dimuat naik pada 14 Jun lalu.

Bercerita lanjut tentang buah tangannya itu, Syafiq terpaksa mengambil risiko melancarkan lagu berkenaan pada masa ini memandangkan sudah dua tahun dia tidak muncul dengan single baharu.

Sebenarnya bukan tak mahu cuba, tapi rasanya suara saya sesuai dengan lagu balada.

SYAFIQ FARHAIN

PENYANYI

“Sepatutnya lagu ni dilancarkan lebih awal iaitu pada tahun 2020, tapi ada pelbagai cabaran mendatang. Malah ia sudah dirakamkan lebih awal iaitu pada 2019.

“Kalau nak tunggu keadaan stabil (selepas PKP), tak tahu bila pula… takut nanti orang lupa,” katanya.

Sementara itu Syafiq berkata buat masa ini dia tidak berdepan masalah stamina untuk menyanyi meskipun pernah disahkan positif c0vid-19 sebelum bebas daripada wabak itu pada pertengahan Februari lalu.

Syafiq juga sudah menerima vaksin c0vid-19 baru-baru ini.

“Ramai kata apabila sudah positif c0vid-19 ia akan memberi kesan kepada stamina, tapi Alhamdulillah setakat ini stamina saya tak ada masalah… nak menyanyi pun tak ada masalah.

“Cuma suara jadi serak sikit, jadi bila nak nyanyi bahagian yang lebih lembut tu jadi sukar,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *