Hiburan

Buat ‘Hantaran M4ut’ Di FB, Bapa Tvnggal Tampan Jadi Perhatian Wanita

Seorang bapa tunggal tampan tidak menyangka gurauannya di Facebook bahawa dia memiliki segala-galanya kecuali isteri menjadi tular di media sosial.

Portal FilipinoTimes melaporkan Don Dizon Lugtu, 34, berkongsi gambar rumah impiannya, tiga anaknya, tetapi tanpa seorang isteri.

Dia kemudian mengubah ‘hantaran maut’ itu dan membuang perkataan ‘mencari isteri’ selepas menerima banyak pertanyaan daripada individu yang mahu mengenalinya.

Kredit foto: FB

Don mengatakan dia terkejut dengan maklum balas netizen terhadap hantaran Facebooknya.

Bagaimanapun, dia mengatakan tidak menganggap serius mesej rawak yang diterimanya dan fokus utamanya kepada tiga anak dan perniagaan.

Dalam laporan sama, Don dilaporkan bertemu dengan seorang wanita bernama Kris ketika berusia 18 tahun.

Selepas bercinta selama berbulan-bulan mereka berpisah, tetapi Kris melahirkan anak kembar selepas setahun.

Menerusi ujian, Don disahkan bapa kepada kembar itu.

Don mengaku pada waktu itu, dia belum bersedia menamatkan kehidupan bujangnya.

Kris kemudian meninggalkan negara itu dan memutuskan untuk menyerahkan hak jagaan kembar kepadanya.

Don kemudian menyedari dia mempunyai tanggungjawab besar terhadap kembarnya dan ketika itulah perubahan mula berlaku secara perlahan.

Don menutup gimnasiumnya pada 2017 dan mula mencari sumber pendapatan lain untuk anak kembarnya.

Dia melabur di sebuah bar di Tarlac City dipanggil, The Woods pada 2018.

Pada 2020, Don mendapat tahu wanita lain bernama Cindy yang ditemuinya pada 2011 juga melahirkan anak ketiganya.

Dalam pada itu, Don menjelaskan dia hanya bergurau ketika mengatakan dia sedang mencari ibu baharu untuk anak-anaknya.

Don berkata, ketika ini dia mahu fokus dalam perniagaannya dan menjaga anak-anaknya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kami
Sumber:Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *