Hiburan

Berhati-Hati Di Jalan Raya, Sofia Jane Bagi Nasihat Khas Buat ‘Rider’

Pelakon jelita pujaan ramai, Datin Sofia Jane baru-baru ini ada menyampaikan pesanan khas buat para ‘rider’ atau penghantar makanan di luar sana agar lebih berhati-hati di jalan raya apabila keluar mencari rezeki.

Teguran tersebut dibuat khas Sofia Jane menerusi beberapa hantaran twit di media sosial Twitter miliknya untuk pedoman para peminat.

“Saya mohon kepada penunggang motosikal yang menghantar makanan, berpada-padalah. Saya faham kalian nak capai kuota harian tapi janganlah sampai nak menjemput maut.”

Ujar Sofia lagi, dia juga kurang senang dengan sikap pengguna jalan raya yang suka menggunakan hon terhadap pejalan kaki. Baginya, pengguna jalan raya sepatutnya memperlahankan kenderaan di kawasan pejalan kaki dan juga kawasan perumahan.

Jarang nak dengar pelakon senior seperti Sofia Jane tampil memberi nasihat seperti itu. Pastinya sudah keterlaluan sehinggakan diberi teguran sedemikian.

Apa-apapun, teguran pelakon filem Sayang Salmah itu harus diambil iktibar memandangkan terlalu ramai orang tidak kiralah penghantar makanan ataupun bukan sering saja melanggar peraturan di atas jalan raya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kami
Sumber: Beautifulnara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *