Hiburan

“Buat Masa Ini, Saya Tidak Berani Nak Cakap Saya Sudah Pakai Tudung”

“Doakan saya. Mana tahu dengan doa anda semua, saya kekal dengan penampilan begini (bertudung).”

Itu kata penyanyi popular Zizi Kirana ketika ramai dalam kalangan netizen sudah mulai memperkatakan mengenai imej baharunya yang dikatakan sudah bertudung atau berhijab.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KIRANA (@zizi_kirana)


Zizi, 36, ketika dihubungi berkata, dia tidak mahu terlalu bercakap mengenai penampilan itu.

“Mengenai pakai tudung, insya-Allah. Saya tidak boleh dan takut untuk bercakap apa-apa. Apa saya buat sekarang adalah terus berdoa dan mahu semua juga doakan saya.

“Bagi saya, doa adalah senjata paling kuat bagi kita orang Islam. Jadi, doakan saya. Ini saja saya mampu cakap,” katanya kepada Harian Metro.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KIRANA (@zizi_kirana)


Penampilan bertudung Zizi yang popular menerusi lagu Eh! itu disambut baik dan mendapat maklum balas positif dalam kalangan keluarga, peminat dan rakan-rakan.

Menurut Zizi, apa yang baik daripada dirinya sentiasa mendapat sokongan dan kata-kata semangat daripada mereka.

“Alhamdulillah, apabila penampilan bertudung yang sekarang ini mendapat respons positif selain mereka mendoakan saya. Insya-Allah, doakan terbaik untuk saya.

“Dalam kalangan keluarga pun mereka okay dan sentiasa memberikan sokongan. Apa yang baik daripada saya mereka okay. Begitu juga dengan rakan-rakan. Saya pun cakap perkara sama untuk terus mendoakan.

“Buat masa ini, saya tidak berani nak cakap saya sudah pakai tudung. Jadi, sebaiknya saya mohon doa supaya saya kuat semangat,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kami
Sumber:Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *