Hiburan

Asyik Kongsi Gambar Anak, Awal Ashaari Lupa Isteri Sendiri

Baru sahaja menimang cahaya mata kedua pada Februari, sudah pasti kehidupan rumah tangga pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya lebih indah apabila kini mempunyai dua anak perempuan.

Namun, baru-baru ini perkongsian Awal menjadi perhatian apabila dia menyedari banyak memberi tumpuan kepada anak-anak sehingga sudah lama tidak berkongsikan gambar berdua bersama Scha.

Menerusi satu posting, Awal memuat naik gambar bersama Scha menandakan dia tidak pula akan isterinya yang tercinta itu.

Perkongsian Awal mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan itu perkara biasa terjadi kepada golongan bapa yang sudah mempunyai anak.

Melihatkan foto pasangan tersebut, ramai mengatakan Lara Alana seiras Scha, manakala wajah Lyla Amina seperti Awal.

Terdahulu, Scha selamat melahirkan cahaya mata perempuan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur pada 12 Februari lalu yang diberi nama Lyla Amina.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kami
Sumber: rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *