Hiburan

Akui 2021 Tahun Yang Mencabar, Ara Johari Sambut Hari Jadi Berseorangan Dalam Gelap

Antara yang paling ketara adalah apabila rakyat Malaysia terpaksa mematuhi larangan merentas negeri untuk mengelakkan jangkitan wabak tersebut.

Oleh itu, pertemuan antara keluarga sudah tidak seperti keadaan ketika kehidupan tanpa CVD-19.

Mengakui 2021 sebagai tahun yang sangat mencabar, penyanyi Ara Johari meluahkan rasa hatinya bersempena ulangtahun kelahiran beliau yang ke-24.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ara Johari (@arajohari)

“Tahun ini tahun yang sangat mencabar bagi ara . Tak boleh beraya dengan family , tak boleh nak celebrate birthday dengan family . And ara harap tahun ni adalah tahun terakhir untuk kita lawan Covid19 ni sama sama .

Selamat Hari Lahir Nurfarrah Izzatie Binti Johari yang ke 24 tahun 🤍

Semoga menjadi anak yang baik dan berbakti kepada ibu bapa 🥺”

Video yang dimuat naik melalui akaun Instagram beliau menunjukkan Ara yang berada dalam gelap dan hanya diterangi oleh sebiji scented candle.

Penyanyi itu kemudiannya menyanyikan lagu hari jadi buat dirinya sendiri lalu meniupkan lilin berkenaan.

Ara berkata, beliau berharapa agar 2021 menjadi tahun terakhir untuk negara menghadapi CVD-19.

Ini kerana impak wabak tersebut sangat besar dan menjejaskan ramai orang.

Sementara itu melalui ruangan komen, Ara menerima banyak ucapan hari jadi daripada rakan-rakan selebritinya.

Usah bersedih Ara, kami di sini juga ingin mengucapkan happy birthday to you!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kami
Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *