Hiburan

Kapsyen Seakan Berbaur ‘Sind1ran’, Netizen Persoalkan Maksud Disebalik Ayat ‘Padu’ Zizan Razak

Tidak disangkal lagi menjadi seorang pelawak amat sinonim dengan perwatakan yang gemar bergurau mengenai pelbagai topik sama ada isu penting ataupun tidak. Malah, ada juga dalam kalangan kita yang melabel pelawak-pelawak tanah air ini sebagai seorang penggiat seni yang tidak pernah serius dek kerana sering bergurau. Baru-baru ini, penyanyi, pelakon dan pelawak terkenal mendapat perhatian netizen apabila kapsyen di posting terbarunya itu dikatakan mempunyai maksud tersirat.

Zizan memuat naik sebuah gambar yang memaparkan dirinya sedang bersilat dengan mengayakan baju hitam lengkap bersama tengkolok seperti seorang pendekar di Instagram miliknya. Menerusi posting tersebut, Zizan atau nama sebenarnya Mohammad Razizan Abdul Razak telah menulis kapsyen yang seakan berbaur seperti sindiran sehingga menimbulkan persoalan netizen mengenai maksud mendalam disebalik kapsyen itu. Jika diperhatikan, ada di antara mereka yang mengerti, dan ada juga yang bingung dengan kapsyen Zizan itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869)

Dulu keris tik4m penjajah

Sekarang keris tik4m sed4rah”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata daripada pengikut Zizan seolah-olah memahami dengan maksud tersirat kapsyen tersebut serta ramai di antara mereka yang bersetuju dengan pendapat Zizan. Ada juga dalam kalangan mereka yang memuji Zizan kerana berani menampilkan pendapatnya yang tampak tegas dan serius itu. Menurut mereka, kapsyen Zizan itu seakan ada terselit mengenai keadaan negara kita pada saat ini. Malah, ada juga segelintir rakan-rakan selebriti yang turut meninggalkan komen yang seakan bergurau dengannya.

Siapa sangka seorang pelawak yang selama ini kita lihat sering bergurau tidak bertempat ini boleh memberikan kata-kata yang terpahat tepat ke hati? Maka, benarlah kata orang dahulu bahawa individu yang suka bergurau ini sebenarnya mempunyai perwatakan yang sangat matang dari segi percakapan mereka apabila mengulas mengenai isu penting. Bagaimanapun, Zizan masih tidak memaklumkan mengenai maksud sebenar kapsyen tersebut kepada umum. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan. Eh tapi jarang kita lihat sisi Zizan yang seperti ini kan? Cayalah!

Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: Instagram Zizan Razak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : koolfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *