Hiburan

Pensyarah urut dada dengar jer1tan pelajar m4rah adik ketika kelas online, semua ni ‘salah’ mikrofon! – “Saya tak garanglah…”

KETIKA situasi pandem!k masih belum reda pada masa ini, sesi pengajaran dan pembelajaran masih lagi diteruskan dalam norma baharu.

Jika dilihat pada perkongsian di media sosial, pelbagai insiden yang terpaksa ditempuhi sama ada oleh pelajar mahupun pendidik ketika sesi pengajaran secara online.

Situasi ini semestinya menimbulkan pelbagai cabaran lebih-lebih lagi bagi yang berdepan dengan ‘gangguan’.

Baru-baru ini tular satu klip video menunjukkan seorang gadis mengalami ‘gangguan’ ketika sedang mengikuti kelas online, sehingga membuatkannya menjerit.

Lebih melucukan, suara nyaring gadis berkenaan jelas kedengaran sehingga mengejutkan pensyarah dan rakan-rakannya yang lain gara-gara dia terlupa untuk ‘memat!kan’ mikrofon pada laptopnya.

Berkongsi cerita dengan mStar, gadis yang mahu dikenali sebagai Puteri Anis Anisya berkata, ketika itu dia sedang mengikuti kelas bagi subjek ‘Cukai’ (Taxation) di ruang tamu rumahnya.

Anis bersama adik bongsunya yang ber usia tujuh tahun.

“Sebenarnya ia video pada Februari lalu, namun saya saja muat naik baru-baru ini kerana sekadar mahu kongsi insiden lucu dengan rakan-rakan followers.

“Ketika itu saya di semester akhir dan kelas itu adalah kelas terakhir sebelum final exam, jadi memang nak fokus gila-gila. Di rumah ketika itu ada kami adik beradik saja, ibu dan ayah keluar bekerja.

“Saya, kakak kembar, dan seorang lagi adik yang bersekolah menengah masing-masing ada kelas online. Mereka semua di bilik, saya pula terpaksa keluar bilik dan duduk di ruang tamu sebab liputan internet kurang bagus.

“Tiba-tiba adik bongsu yang berusia tujuh tahun bising sebab nak minta ambilkan makanan… tak ada siapa yang layan dia masa tu. Itu yang saya stres bila dia bising-bising sampai saya terjerit,” cerita gadis berusia 21 tahun ini.

Kata gadis yang senang disapa sebagai Anis ini, dia hanya menyedari gelagatnya menjadi perhatian selepas melihat raut wajah pensyarah dan rakan-rakannya yang sedang ketawa.

Anis merupakan pelajar jurusan Perakaunan dari sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Selangor.

“Barulah saya sedar yang saya terlupa nak ‘mute’. Sebenarnya saya ‘mute’ tapi bila pensyarah ajukan soalan, saya ‘unmute’ untuk beri respons. Tapi terlupa nak ‘mute’ semula.

“Mujurlah masa tu dah hujung-hujung kelas, dan ia juga adalah kelas terakhir untuk semester itu… kurang sikit malu saya sebab tiada kelas dah selepasnya.

“Selepas tu kakak kembar saya yang kebetulan baru habis kelas dia, layan adik bongsu kami,” katanya yang merupakan graduan Diploma Perakaunan dari sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Selangor.

Anis menambah, ‘gangguan’ yang dilakukan adik bongsunya itu bukanlah yang pertama kali yang dihadapinya.

Mujurlah masa tu dah hujung-hujung kelas, dan ia juga adalah kelas terakhir untuk semester itu… kurang sikit malu saya sebab tiada kelas dah selepasnya.

PUTRI ANIS ANISYA

“Masa tu dia baru masuk sekolah dan kelas tak mula lagi, orang lain pula masing-masing ada kelas online…. itu yang dia kacau sebab tak ada siapa yang melayan.

“Bukan saya saja, adik beradik lain pun kena. Jadi nak elakkan dia bising dan meragam, kena pastikan dia kenyang dulu,” ujarnya berseloroh.

Menurut gadis yang juga anak kedua daripada empat adik beradik ini, dia sama sekali tidak menyangka video yang dimuat naik secara suka-suka itu tular dan membuatkan netizen terhibur.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Banyak komen lucu yang saya terima… ada yang kata, siapalah nak kahwin dengan dia sebab garang. Saya tergelak saja baca komen-komen mereka. Tapi saya tak garanglah. Masa tu saja, stres sebab nak fokus tapi adik pula bising.

Rata-rata netizen terhibur dengan video yang dimuat naik oleh Anis.

“Jadi siapa-siapa yang ada kelas online, pastikan mikrofon anda dalam mod ‘mute’ melainkan perlu bersuara. Kalau tidak, kantoi… habis keluar benda yang tak sepatutnya,” katanya sambil ketawa kecil.

Sehingga kini video lucu yang dimuat naik oleh Anis meraih 1.4 juta jumlah tontonan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *