Hiburan

Raffi Ahmad Dibenarkan Berkahwin Lagi, Ini Jawapan “Win” Isterinya Nagita Slavina

Penyanyi dan pelakon Indonesia, Raffi Ahmad menjalani kehiduoan yang bahagia bersama Nagita Slavina sejak perkahwinan mereka pada 17 Oktober 2014 dan lebih lengkap setelah dikurnakan seorang anak lelaki bernama Rafathar Malik Ahmad yang dilahirkan pada 15 Ogos 1015. Selepas enam tahun kelahiran Rafathar, Nagita Slavina mengumumkan kehamilan anak kedua pada April 2021.

Membenarkan Raffi Ahmad Berkahwin Lagi Dengan Satu Syarat

Melalui perbualan menerusi podcast di Youtube, Nagita disoal mengenai adakah beliau akan membenarkan Raffi Ahmad untuk berkahwin lagi. Nagita kemudian memberitahu bahawa beliau membenarkan Raffi Ahmad untuk berkahwin lagi tetapi dengan satu syarat.

“Kalau saya, saya sentiasa cakap tidak mengapa kerana ia dibenarkan dalam agama , tetapi jika dia mahu berkahwin lagi, saya akan mengundur diri.”-Nagita Slavina

Raffi Ahmad Tidak Akan Berkahwin Lagi

via Instagram @Raffinagita1717

Raffi Ahmad kemudian meyakinkan isterinya bahawa dia tidak akan berkahwin lagi. Dia turut memberitahu  bahawa dia kini berada di peringkat untuk memahami kehidupan dan memiliki matlamat untuk dicapai pada usianya sekarang.

“Begini, lelaki apabila dia mengetahui apakah keutamaan dalam hiduonya, dia semestinya tahu apa yang harus dilakukan.”-Raffi Ahmad

Menurut artis yang pernah dilabel sebagai pl4yboy ini, pengalaman hidupnya menjadi bekalan untuk melangkah pada masa depan.

“Sekarang, besok, tidaklah berkahwin lagi.”-Raffi Ahmad

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Murai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *