Hiburan

“Video Makan Durian Ramai2 Tular,” Netizen D4kwa MP Batu Pahat Turut Terlib4t?

Umum tahu bahawa perintah kawalan pergerakan (PKP) masih berkuatkuasa di seluruh negara kita. Antara SOP utama yang perlu dipatuhi oleh rakyat adalah kewajipan memakai pelitup muka dan penjarakan sosial 1 meter.

Bagaimanapun, ada ramai individu yang ‘degil’ dan melanggar SOP sesuka hati mereka. Begitulah seperti sebuah video tular memaparkan sekumpulan individu sedang berkumpul menjamah durian beramai-ramai, baru-baru ini.

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila netizen yang memuatnaik video tersebut di Twitter mendakwa MP Batu Pahat, Mohd Rashid Hasnon yang juga merupakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat turut terlibat sewaktu ‘sesi makan durian’ tersebut.

“Seronok nampak MP Batu Pahat merangkap Timbalan Speaker merangkap pengkhianat berkumpul ramai-ramai makan durian?” tulis netizen itu.

Bukan setakat melanggar SOP dengan berkumpul beramai-ramai sahaja, malah kesemuanya dilihat tidak memakai pelitup muka dalam video berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan semua individu yang dirakam dalam video berkenaan.

Dalam pada itu, ramai yang memerli para pemerintah yang disifatkan tidak mempedulikan perasaan rakyat yang seakan dikurung dalam ‘kawad berduri’ di waktu PKP ini, sedangkan mereka seronok bersuka ria tidak patuh SOP.

Bagaimanapun, adalah tidak dapat dipastikan bila kejadian tersebut berlaku. Marilah kita nantikan jawapan daripada pihak yang terlibat, jika ada.

 

Sumber: Twitter @LagaCawan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kami
Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *