Hiburan

“Sebagai suami saya tidak sesekali mempersia-siakan…” -Hisyam Hamid tak layan pelbagai mesej g0daan peminat, terus padam!

Aktor kelahiran Singapura, Hisyam Hamid, 35, mengakui menerima pelbagai mesej langsung (DM) termasuk godaan peminat menerusi laman Instagram.

Namun, sebagai lelaki berstatus suami orang, Hisyam berkata cara mudah mengelakkan diri terjervmus perkara tidak diingini adalah dengan tidak menghiraukan mesej dihantar.

Baharu muncul dengan drama bersiri, Hatimu Sedingin Salju menerusi slot Akasia di TV3, Hisyam berkata dia sentiasa mengingatkan diri ada insan bergelar isteri dan anak-anak menunggunya di rumah.

Bagaimanapun, Hisyam yang lebih tujuh tahun berhijrah ke Kuala Lumpur demi mencari rezeki bersyukur dikurniakan isteri, Rosmawati Hanafi yang memahami kerjaya dalam dunia seni.

Katanya, biarpun tidak pernah menunjukkan tanda cembvru, namun yakin, sedikit sebanyak sebagai wanita, perasaan itu tetap ada.

“Isteri adalah pengkritik tetap saya. Jika melihat tiada keserasian antara saya dengan pelakon wanita yang digandingkan, isteri akan tegur seperti saya kelihatan kekok dan sebagainya.

“Saya yakin tak mungkin tiada langsung rasa cembvru, tetapi isteri seorang yang memahami dan profesional. Jika tidak, mana mungkin saya mampu bertahan sehingga hari ini.

“Sebagai suami, saya tidak sesekali mempersia-siakan kepercayaan diberikan isteri. Jadi, saya perlu menjaga batasan untuk mengelakkan perkara yang tidak sepatutnya,” katanya.

Hisyam ditemui pada sidang media secara virtual mempromosikan drama Hatimu Sedingin Salju terbitan Orangetree Production Sdn Bhd, baru-baru ini.

Memegang watak Arman, Hisyam berkata dia sudah hampir setahun tidak bertemu dengan anak-anaknya.

Mengikut perancangan, katanya, dia bercadang pulang ke Singapura selepas drama Cukup Derita Itu selesai penggambaran pada 18 Jun lalu bagi memberikan sokongan moral kepada anak bongsu, Hayden, 13, yang bakal menduduki peperiksaan penting.

Namun, Hisyam akur, tidak dapat berbuat demikian berikutan pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh sejak awal bulan lalu.

“Kali terakhir bertemu Nurish Syameliah dan Hayden pada 8 Julai, tahun lalu. Ini bermakna hampir setahun saya tidak dapat memeluk mereka. Isteri pula sempat masuk ke Malaysia atas urusan kerja pada November, tahun lalu, itupun dalam tempoh dua minggu sahaja,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://mediapermata.com.bn/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *