Hiburan

“Korang Duk Mengata Aku Tergelek2. Anak Aku Pandai, Dapat Masuk UM..” – Kak KM

Anak kepada pelakon Normah Damanhuri iaitu Liana Rosli atau lebih popular sebagai Kak KM meluahkan rasa syukur apabila anak perempuannya, Nabila mendapat tawaran bagi melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya (UM).

Menerusi sebuah video di laman Instagram, dia berbangga dengan pencapaian anaknya yang berusia 18 tahun itu selepas gigih berusaha sehingga memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by lianarosli (@lianarosli_official)


Usahawan kosmetik itu berkata, perkara tersebut sekali gus membuktikan bahawa dia pandai mendidik anak walaupun sering dilemparkan dengan pelbagai tohmahan kerana sering beraksi kurang sopan di media sosial.

“Tahniah anak mama, UM telefon. Nampak, anak aku pandai. Korang duduk mengata aku, Kak KM tergelek-gelek. Anak aku pandai wey!
“Alhamdulillah syukur terima kasih ya Allah…. Hanya Allah je tau apa rasa perasaan ni bangganya rasa berbaloi. Hilang penat lelah ni…
“Anak mama memang pandai sejak kecik lagi… Usia tiga tahun lebih dah pandai membaca. Dapat pelajar terbaik di sekolah,” katanya.

Difahamkan, anak sulungnya itu bakal menyambung pengajian bagi program Diploma Pengurusan Perniagaan di bawah Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCeD).

Bagi meraikan kejayaan tersebut, dia mengadakan sambutan kecil-kecilan dengan menghadiahkan sebuah iPhone dan sejumlah wang tunai untuk anak tersayang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by lianarosli (@lianarosli_official)


Pada April lalu, Kak KM berkongsi berita gembira di Instagram apabila mengesahkan dirinya sedang hamil anak keempat.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kami
Sumber: OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *