Hiburan

Alhamdullilah, Akhirnya Jep Sepahtu Dedah Nama Dan Wajah Bayl. HensembDia, Nama Pun Ringkas

PETALING JAYA – Pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu dan isterinya, Sari Yanti sebelum ini telah selamat menimang cahaya mata ketiga mereka iaitu bayi lelaki.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri bin Zainal Abidin dalam Instagramnya dengan meluahkan rasa syukur.

“Subhanallah. Syukur. Alhamdulillah. Terima kasih sayang,” tulisnya ringkas.

Dalam hantaran itu juga, Jep turut berkongsi foto dia bergambar bersama isteri tercinta sambil memeluk bayi mereka yang diletakkan lambing hati pada wajah.

Perkongsian Jep itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah buat pasangan itu.

Antara s.elebriti yang meninggalkan ucapan tahniah ialah rakan pelawak, Achey,Radin Era dan Feeya Iskandar.

Pada Februari 2019, Jep pernah berk.ongsi berita s.edih mengenai isterinya mengalami keg.uguran ketika kandungan berusia tiga bulan.

Menurut Jep, dia mengetahui bayi dalam kandungan isterinya menghadapi m.asalah selepas membuat pemeriksaan di hospital.

Dalam pada itu, Sari turut berkongsi pertanyaan daripada netizen yang ingin mengetahui mengenai alahan ketika hamil.

Kata Sari, individu tersebut sepatutnya bersyukur dan sentiasa berfikiran positif walaupun terpaksa baring sepanjang tempoh keha.milan.

Untuk rekod, Jep mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Sari Yanti atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Dariya Inara, 3, dan Muhammad Khidir, 1.

Sari juga mempunyai dua lagi cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan terdahulu bersama bekas suami, Mohd. Eddy Casmady Che Hussien iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.

Jep Sepahtu Dedah Muka Dan Nama Anak

Kredit : Kosmo/IG

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *