Hiburan

Masya Masyitah Teruja Dengan Single Solo Bahasa Mandarin

Mungkin ramai tidak tahu yang penyanyi Masya Masyitah boleh berbahasa Mandarin.

Untuk terus memanfatkan kebolehannya, Masya mengambil keputusan untuk merakamkan sebuah lagu bahasa Mandarin berjudul Jiu Meng Xin Su.

Dilancarkan pada 25 Jun lalu, lagu ciptaan Kai Kai dan diterbitkan Peng Chu itu menjadi bukti kefasihan Masya berbahasa Mandarin sejak di bangku sekolah menengah lagi.

“Jika ikut kiraan, ini lagu Mandarin kedua saya kerana saya pernah merakamkan lagu Mandarin pertama berjudul Zuo Jian duet bersama Jeryl Lee. Tapi kalau single secara solo, lagu terbaru ini jadi yang pertama.

“Lagu ini menceritakan tentang percintaan sepasang kekasih yang sanggup berkorban apa saja demi kebahagiaan masing-masing. Namun malang menimpa hidup mereka apabila teman lelaki terpaksa menyembunyikan penyakit dialaminya.

“Teman wanitanya tertanya-tanya dan mereka berpisah dengan pengakhiran menyayat hati. Bagaimanapun ia bukanlah kisah saya. Ia mungkin hanya imaginasi atau pengalaman yang diketahui komposer lagu ini,” kata Masya.

Tambah juara program realiti kanak-kanak Ceria Popstar musim kedua itu, kehadiran lagu Mandarin berkenaan cukup menggembirakannya.

“Apabila boleh berbahasa Mandarin dan menyanyikan lagu dalam bahasa itu, secara automatik teringin nak ada lagu solo sendiri. Akhirnya impian saya menjadi kenyataan.

“Sebenarnya, lagu ini sudah lama saya terima dan dengar. Cuma hanya berjaya merakamkannya pada November tahun lalu di sebuah studio di Petaling Jaya.

“Tak sangka ia akhirnya dilancarkan juga secara rasmi. Video muzik lagu ini pun dihasilkan pada Mac lalu di sekitar Bukit Jalil,” katanya.

Sebelum ini, Masya yang juga artis naungan Rocketfuel Entertainment pernah muncul dengan empat single iaitu Teman BintangMawar TerbiarHalimunan dan Hapus.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kami
Sumber:Oijom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *