Pasangan pelakon Azad Jasmin dan Eira Syazira ini sering sahaja menghiburkan ramai peminat mereka. Azad atau ada yang memanggilnya Pak Azad macam biasalah dengan lagak selamba, kalau tak buat lawak memang tak sah!
View this post on Instagram
Apatah lagi bila berkongsikan pelbagai ragam suami isteri dan anak-anak mereka di dalam Instagram pasangan ini. Ada sahajalah halnya. Malah baru-baru ini Eira Syazira berkongsikan pagar rumah mereka roboh dilanggar pemandu mabuk.
Boleh tahan teruk juga keadaan pagar rumahnya itu. Berang dengan keadaan tersebut, Pak Azad terus masuk ke rumah dan mengambil kuali milik isterinya. Disangkakan Pak Azad ‘mengamuk’ pagar roboh dilanggar ini, namun akhir video memang buat orang geram!
Berikut adalah video yang dimuat naik oleh Eira gelagat suaminya, Pak Azad mengamuk itu:
View this post on Instagram
Lah..ingatkan nak dibelasahnya pemandu mabuk itu. Memang buat orang risau betullah Pak Azad ni tau! Perkongsian rakaman Pak Azad mengamuk ini telah meraih hampir 100 ribu tontonan dan 12 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:
“Adoiii dan lagi tu…Elok jaaa serius tadi..Kita pon pulun laa nak tengok. Penamat dia last sekali”
“Adoi lah Pak Azad. Tengah2 kena musibah pun masih sempat melawak..”
“Drama betul awal2 tu. Tapi plot twist di akhir cerita tu memang”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : HCL