Hiburan

Elizabeth Tan Nak Beri 50% Pendapatan Bulan Ini Buat Mereka Yang Kesusahan

Terkenal dengan imej seksi dan kerap ‘mengiurkan’ mata yang memandang, rupanya penyanyi dan juga pelakon cantik, Elizabeth Tan mempunyai hati yang murni.

Mana tidaknya, menerusi Intagramnya dia telah memuat naik video dengan memaklumkan akan memberikan 50% daripada pendapatannya bulan ini kepada mereka yang betul-betul memerlukan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtan)


Elizabeth Tan atau mesra disapa Lizzy mengakui yang dia tidak mampu untuk membantu semua orang, namun meminta keluarga yang benar-benar memerlukan supaya menghubunginya melalui direct message (DM).

Dalam pada itu, penyanyi lagi Knock Knock tersebut berharap mereka yang menghubunginya nanti supaya jujur dalam meminta bantuan kerana ramai keluarga tidak berkecukupan dan memohon agar tidak ada yang mengambil hak orang-orang susah.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan memuji usaha murni yang dilakukan Lizzy melihat ramai orang susah ketika ini.

Kesediaannya berkongsi separuh daripada pendapatan bulanan membuatkan orang ramai berasa terharu dan mengucapkan terima kasih kepada penyanyi berkenaan di ruangan komen Instagramnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kami
Sumber: OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *