Hiburan

Wanita minta lampin berjenama dikec4m. Apa yang keluar dari mulut dia lepas tahu benda ni viral mmg minta dikec4m lagi

PETALING JAYA – Dah bagi betis nak paha pula. Itulah reaksi balas orang ramai susulan satu tangkap layar perbualan seorang wanita memohon bantuan dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menerusi perbualan yang dikongsi seorang pengguna Facebook, wanita yang juga seorang suri rumah telah memohon bantuan lampin pakai buang untuk anaknya berusia lima tahun daripada NGO terbabit.

Bagaimanapun keadaan sedikit tegang apabila wanita itu mula menunjukkan ‘perangai mengada-ngada’nya apabila meminta lampin pakai buang berjenama dan mahal.

Namun, NGO terbabit dengan sopan membalas ‘permintaan’ wanita itu dengan memberitahu stok bantuan lampin pakai buang hanya boleh diberikan berdasarkan dana penyumbang.

Ekoran ‘permintaan’ itu tidak ditunaikan wanita terbabit telah membalas perbualan itu dengan bahasa kasar dan turut memarahi pihak NGO tersebut.

“Anak aku kan, aku punya sukalah, takde duit nak bagi pampes brand yang anak aku pakai cakap jela. Aku tak mainlah pakai pampes brand cap ayam, nanti menggerutu pula kulit anak aku.

“Tak mampu bagi cakap siang-siang banyak lagi NGO mampu bagi. Bagi jela pampes bu.ruk tu untuk rakyat yang selayaknya, sikit pun aku tak heran,” balas wanita itu kepada NGO tersebut.

Tangkap layar perbualan seorang wanita dengan wakil sebuah NGO tular baru-baru ini.

Susulan tangkap layar yang tular itu, orang ramai telah ‘menyerang’ wanita itu dengan rata-ratanya meninggalkan reaksi marah pada hantaran masing-masing.

“Dah susah buat laa cara susah, orang dah bagi pampers kau sibuk nak yang branded (berjenama). Sedarlah diri tu dah susah, kalau nak yang branded, pergi beli sendiri, sedar diri tu kak,” tulis Raihana Aiman.

Pada masa sama, pengguna Facebook dikenali sebagai Farah Farah turut menasihat wanita itu agar melatih anaknya supaya tidak memakai lampin pakai buang lagi memandangkan usia anaknya sudah mencecah lima tahun.

“Saya mampu beli pampers anak, tapi seawal 3 tahun dah ajar anak kencing berak kat tandas. Ini ada kemahiran hidup dan kita kena latih anak.

“Memang ambik masa, 2 bulan untuk elakkan terkucil, dan stress bila kencing sana sini. Tapi kita sebagai ‘parents’ kena bantu anak untuk berdikari cuma waktu malam ja masih belum berjaya, kena pakai pampers,” nasihatnya.

Berikut lagi kes yang melibatkan mereka yang suka ambil kesempatan

Tak Menepati Selera, Penerima Jual Semula Barang Bantuan

Kuala Lumpur: Jual beras bantuan RM5 sekampit. Itu antara perbuatan individu tidak bertanggungjawab menggunakan barangan sumbangan untuk kepentingan peribadi.

Alasan diberikan adalah beras yang diterima sudah banyak selain tidak menepati selera seperti yang dibeli sendiri.

Mendedahkan perkara itu, sukarelawan bebas Ainul Farina Hussin, 35, berkata, pihaknya mengesan kegiatan itu dilakukan oleh seorang penerima bantuan baru-baru ini.

Katanya, lelaki berkenaan sebelum itu memohon untuk mendapatkan bantuan kerana kesempitan hidup.

“Apabila bantuan sudah diberikan, saya dimaklumkan jiran mengenai tindakannya menjual semula beras yang disumbangkan.

“Mulanya saya fikir mungkin kerana dia susah tetapi bila ditanya, dia memberikan jawapan yang mengejutkan iaitu beras sudah terlalu banyak dan tidak menepati selera seperti yang pernah dia beli sebelum ini,” katanya kepada Harian Metro, baru-baru ini.

Beliau berkata, semakan mendapati beras lima kilogram berkenaan dijual kepada penduduk berdekatan pada harga murah.

Menurutnya, lelaki itu juga mendakwa dia memohon untuk mendapatkan pelbagai bantuan yang disediakan sejak beberapa bulan lalu.

“Bukanlah kita hendak mengungkit apa yang sudah diberikan tetapi dalam konteks berkongsi rezeki, kita ada penyumbang yang mengharapkan bantuan sampai kepada orang susah.

“Di luar sana ramai yang bergelut untuk hidup dan jika ada yang mengambil kesempatan begini, bagaimana dengan orang lain yang lebih memerlukan,” katanya.

Ainul berkata, dia bergerak sendiri dengan dibantu rakan untuk menghulurkan bantuan kepada golongan terkesan.

Sebelum ini, katanya, bantuan diberikan di seluruh negara, namun disebabkan jarak yang jauh, dia kemudian memilih untuk hanya memfokuskan kawasan Pasir Gudang dan sekitarnya.

“Pengajaran daripada kes ini, saya perlu lebih berhati-hati dengan maklumat yang diterima.

“Sebelum ini ramai juga yang memberikan maklumat diri palsu atau masih memohon walaupun hidup tidak terjejas.

“Satu peringatan kepada saya dan rakan badan bukan kerajaan lain untuk memastikan individu yang dibantu adalah mereka yang benar-benar memerlukan,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : trendingsgt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *