Hiburan

“5 July 2021, Hari Lahir Saya…,” – Genap 34 Tahun, Peminat Titip Ucapan Sayang & Dan Doa Yang Baik-Baik Buat Elyana

Penyanyi Elyana berkongsi sekeping foto bersama sebiji kek di Instagram bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-34, semalam.

Menerusi ruangan kaspyen, bintang yang sinonim menerusi lagu Kalis Rindu ini memanjatkan doa kesejahteraan diri dan keluarga tersayang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by elyanaofficial (@elyanaofficial1)


“5 july 2021. Hari lahir saya yang ke 34 tahun.

“Saya mohon doa supaya saya dan keluarga sihat, jadi orang yang baik, panjang umur, diperluaskan pintu rezeki dan selamat dunia akhirat. Amin Ya Rabbalalamin,” tulis Elyana.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by elyanaofficial (@elyanaofficial1)


Serentak dengan perkongsian tersebut, warganet turut sama menitipkan ucapan selamat hari lahir serta menzahirkan ucapan yang baik-baik buatnya.

“Happy birthday, semoga diberi kesihatan yang baik, diberi kebahagiaan dunia dan akhirat,” ucapan dari Datin Shahida buat Elyana.

“Happy birthday kak el, semoga cepat sembuh,” doa seorang peminat.

“Happy birthday kak El. Semoga sentiasa sihat dan sentiasa berada dalam lindunganNya,” tulis seorang lagi peminat.

“Happy birthday kak El sayang. Happy good day okay,” reaksi seorang peminat lain.

“Happy birthday yo you sis. May Allah bless you semoga sihat selalu amin,” antara komen yang tertera.

Terdahulu, Elyana sudah menghidap kanser limfoma tahap empat sejak 10 tahun lalu. Bagaimanapun, dia hanya membuat pendedahan mengenai penyakitnya itu pada 2017 lalu.

Elyana mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Cinta Sumayyah, 10, serta memiliki anak angkat, Cahaya Ramadhani yang kini berusia dua tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kami
Sumber: MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *