Hiburan

“Jangan Guna Alasan PKP, Nak Beli Pampers Anak Pun Tak Boleh,” – Puji Usaha Remaja Buka Gerai Depan Rumah, Ini Perkongsian Datuk Seri Vida

Usahawan popular, Datuk Seri Vida (DSV) memuji usaha seorang peniaga muda yang sanggup membuka gerai jualan di hadapan rumahnya sejak setahun yang lalu.

Jelasnya, walau sesusah mana pun keadaan ketika ini, setiap pihak haruslah berikhtiar dan berusaha sebelum mengharapkan apa-apa jenis bantuan.

Kata usahawan yang pernah muncul dengan single I Am Me ini lagi, sekiranya seseorang itu mempunyai kemahuan, segala yang diimpikan pasti tidak mustahil.


“Jangan guna alasan PKP pendapat terjejas. Nak beli pampers anak pun tak boleh. Usahalah macam adik ni. Adik ni berniaga depan rumah je.

“Nak dekat setahun dah. Pendapatan adik ni RM200 hingga RM250 setiap hari kau mampu? Janji kena ada keinginan dan usaha,” katanya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh ibu kepada dua orang anak itu menerusi entri terkini di laman Instagram.

Dalam pada itu, DSV turut mengingatkan para peniaga makanan untuk sentiasa mementingkan aspek kebersihan demi menarik lebih ramai pelanggan.

“Yang paling penting kena menu sedap dan bersih. Saya singgah ni sebab bersih ye. Kalau tak bersih saya tengok dari jauh lagi dah bye.

“Kena usaha. Jangan malas je. Mengharapkan bantuan bendera putih je,” ujarnya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi pelbagai berhubung kenyataan yang diberikan DSV.

 

 

Sumber: Instagram Datuk Seri Vida

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kami
Sumber : https://www.mediahiburan.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *