Penempatan produk atau product placement telah menjadi satu trend dalam drama-drama Korea di mana jenama-jenama seperti Laneige, Samsung dan Kopiko mengambil peluang menyelitkan produk mereka untuk dipromosikan kepada penonton drama.
Dengan cara ini, penonton secara tidak sedar terpengaruh untuk turut memiliki produk yang digunakan oleh pelakon kegemaran mereka dalam drama yang mereka tonton, sekali gus menaikkan penjualan produk sesebuah perusahaan itu.
Melalui penempatan produk dalam drama, perusahaan produk dapat menarik perhatian penonton secara halus untuk meningkatnya keinginan penonton untuk membeli produk mereka.
Pengaruh penempatan produk dalam drama adalah sesuatu yang sangat berkesan, tetapi netizen mempunyai pendapat yang berbeza tentang penempatan produk dalam drama Melayu kita sendiri.
Kau berlakon drama ke nak buat product review alahai bodoh nye cringe plak tgk dia bercakap dgn vitamin c tu πππ pic.twitter.com/oW9Lhz9pBU
— f ποΈβ€ ck (@facktura) July 4, 2021
Sebuah video TikTok yang tular baru-baru ini menunjukkan sebuah babak dalam drama lakonan Amyra Rosli yang menunjukkan pelakon itu mempromosikan sebuah produk suplemen.
Namun tidak seperti kehalusan penempatan produk di dalam drama Korea, penempatan produk dalam drama itu sangat jelas sehingga kelihatan seperti iklan, membuat ramai meluat.
Netizen turut meluahkan pelbagai pendapat tentang bagaimana product placement dalam drama Melayu boleh diperbaiki.
cringe sia https://t.co/oMu4tpSY5G
— β‘ (@irkshy) July 5, 2021
Ya Allah tolong lah annoyed gila dgn drama melayu yang tiba tiba syiok sendiri bercakap dgn produk. Macam tak kena https://t.co/5eubiyeV7r
— Soya (@soya_ysf) July 5, 2021
Kau tak perlu pun nak bercakap pasal produk tu. π€¦π½ββοΈ https://t.co/7k8syrvh1v
— #freepalestine π΅πΈ (@aniqdxnish) July 5, 2021
director kat malaysia ni kena belajar la sikit macam mana kdrama buat product placement ni. smooth je. takyah sampai nak bercakap dengan vit c tu cringe siyel https://t.co/e5E52E3QRD
— BIN CEN JO (@raraaaaa____) July 5, 2021
Producer, director, whoever is responsible for this shit, DO YOUR RESEARCH. Contoh dah ada depan mata, tiru je lah π u had one fcking job https://t.co/RHqbgc7AI7
— someone (@ainaamirahz) July 5, 2021
Aku tak tengok Kdrama (ada la sikit2 menyelit duk tepi wife curi2 tengok) tapi bila aku tengok diorang punya product ad placement memang power.
Yang terbaik adalah phone Samsung dengan kereta Genesis. Dua2 tu produk tempatan.
Macam tu je produk dia dapat publisiti. https://t.co/SlHnJg3qLn
— Lutfi Hambali (@lutfi_hambali) July 5, 2021
Stupid. Where is the art in this product placement? Kot ya pun ikut instructions from sponsor, janganlah buat macam bodoh bentang macam ni. Buatlah research dulu.
Tak tengok Sex And The City ke? The subtlety of PAID product placement throughout the film was π https://t.co/ug7lDOdcYk
— E K O (@naimleigh) July 5, 2021
Malaysia punya review try hard betul.. chill2 sudah https://t.co/YMgYjr4iiG
— Amiirrur Rahim π²πΎ (@AmiirrurRahim) July 5, 2021
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : HCL