Hiburan

Ditvduh persend4 orang susah, DSV beri penjelasan -“Saya cuma beri semangat”

Baru-baru ini, kecoh di serata laman sosial apabila usahawan terkenal Datuk Seri Vida (DSV) berkongsi sebuah video mempamerkan dirinya menyeru orang ramai agar tidak terlalu berharap dengan bantuan bendera putih sahaja.

Namun begitu, kenyataannya itu telah membuatkan ramai netizen berasa marah dan mengecam DSV di laman sosial.

Berikutan itu, bagi meleraikan segala kontroversi yang melanda dirinya pemilik nama Hasmizah Othman itu tampil memberi penjelasan tentang kenyataan tersebut.

Menurutnya, kenyataan itu bukanlah berniat ingin mempersenda golongan memerlukan yang mengibarkan bendera putih, akan tetapi hanya mahu mereka berusaha bagi mengubah nasib sendiri sewaktu pandemik ini.

Dalam pada itu, DSV turut memuat naik video penjelasan menerusi laman sosial Instagram miliknya. Katanya, orang ramai sepatutnya memandang positif agar hidup pun akan sentiasa menjadi positif.

“Bukan saya nak membangga diri. Saya cuma nak suntik semangat anda semua. Takde orang mampu ubag diri kita sayang. Banyak ruang dan peluang,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Biarpun sudah menjelaskan tentang isu tersebut, rata-rata netizen masih tidak berpuas hati dengan usahawan kosmetik berusia 50 tahun berkenaan.

 

Sumber: TikTok Datuk Seri Vida

Post Views: 152

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://news60post.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *