Hiburan

“Kena tahu dia betul-betul izin atau macam mana..” -lsteri Izinkan Kahwin Lagi, Shuk Sahar Risau lsteri Ada Maksud Tersirat

Minggu lalu, hangat diperkatakan mengenai rumah tangga pelawak popular Shuk Sahar yang dikatakan kembali bergolak apabila isterinyanya mendedahkan mengenai wanita yang sering menggangu rumah tangga mereka.

Malah, Rossalennah Natassyiah turut mendedahkan bahawa dia mengizinkan suaminya itu untuk berkahwin lain namun wanita itu supaya menerima keluarganya jika mahu berkahwin dengan suaminya.

Mengulas mengenai kebenaran isterinya berkahwin lain itu, Shuk berkata dia tidak akan mengambil kesempatan serta perlu berfikir secara rasional mengenai perkara itu.

“Apabila isteri izinkan tu, kena tahu dia betul-betul izin atau macam mana. Kena ambil tahu konteks. Jadi saya tak akan ambil kesempatan, apabila isteri cakap begitu maka saya sendiri kena fikir daripada semua aspek, ” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Rossa berkata dia terbaca mesej perbualan antara Shuk dan seorang wanita yang dikenali di telefon bimbit suaminya kemudian bertindak memuat naik di media sosial.

“Mesej tu ada yang baru dan lama… lepas tu saya post di media sosial. Masa tu emosi terganggu dan dalam keadaan marah. Saya nampak mesej tu dalam telefon Shuk,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *