Semasa

‘Dia nak anak dia blaja Quran’- Wardina dedah perbualan terakhir bersama arwah Benjy

“Dia risau kat anak dia”

“Dia nak anak dia blaja Quran”

“Ramai kawan kawan yang dia minta tolong tapi tak layan’ Ini antara luahan arwh Benjy

ketika sempat bercakap dengan Wardina Safiyyah yang juga bekas pelakon.

Wardina menjelaskan ini ketika detik detik akhir arwah memerlukan pertolongannya dan

yang terharu arwh ada cuba mencari rakan rakan lain dlm IG nya namun tak dilayan.

 

Wardina simpati pada arwh dan memberi pertolongan saat saat akhir

“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Saya akan berkongsi antara mesej perbualan kali terakhir bersama arwah Benjy, sedihnya. Benjy ada menghubungi saya untuk pertolongan. Semoga Allah memaafkan kamu Benjy.

Bekas pelakon dan pengacara terkenal, Wardina Safiyyah mendedahkan perbualan terakhir dia bersama Allahyarham Benjy menerusi aplikasi WhatsApp, semalam.

Menerusi tangkap layar di aplikasi tersebut yang disiarkan di Instagram Story, Wardina, 42, menjelaskan, dia sedih dengan perkhabaran duka itu lalu berkongsi momen ketika hayat Benjy yang memerlukan pertolongannya.

“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Saya akan berkongsi antara mesej perbualan kali terakhir bersama arwah Benjy, sedihnya. Benjy ada menghubungi saya untuk pertolongan. Semoga Allah memaafkan kamu Benjy.

“Dulu Kak Dina (panggilan Wardina) dan Benjy berlakon sama-sama. Dia seorang yang berbakat besar tapi dadah telah merosakkan dirinya. Saya gembira sebab dapat bantu walaupun sikit, tapi masih rasa sedih dengan pemergian usianya yang begitu muda. Semoga Allah mengampuni dia.

“Ini adalah memori yang pernah ada. Saya hanya akan kongsikan apa yang ada sahaja. Benjy sepertinya sudah berubah dan saya akan ingat sampai bila-bila. Benjy sudah melalui saat-saat yang sukar,” coretnya.

Pada masa sama, Wardina juga berpesan, semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran buat semua.

“Kita ingat dia yang baik-baik. Pengakhiran kita pun tidak tahu bagaimana. Kalau ada pelajaran yang boleh kita jadikan pedoman kita gunakan untuk menginsafi diri.

“Apa yang penting kita sempat tak minta maaf? Jadi dalam kesedihan dan sedikit emosi ini Kak Dina nak minta maaf pada semua ya. Kalau ada perkongsian yang mungkin salah kata dan tersilap bahasa. Kita semua hanya manusia, maafkan ya?” akhirinya.

Pada hantaran entri yang dikongsi itu, dapat dilihat arwah Benjy sedang memakai alat bantuan pernafasan.

Luahan dari Wardina

 

Sumber : IG Wardina dan admin nv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *