Hiburan

Elfira Loy cuba rakam video trend tapi reaksi selamba Rayyan pula buat ramai berdekah, “Hahaha cute…”

Pelakon, Elfira Loy yang semakin bahagia di sisi suami dan anak pertamanya, Muhamad Rayyan Khalaf meskipun tidak lebih kerap muncul di kaca televisyen kini namun di media sosial, orang ramai dapat menyaksikan perkembangannya.

Selepas mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019, Elfira dan suami yang dikenali sebagai Faris Khairul Anuar telah menimang cahaya mata pada bulan Oktober membuatkan pasangan sama cantik, sama padan ini semakin bahagia.

Malah diruangan Instagram peribadi Elfira Loy yang diikuti 5.1 juta kini semakin meriah dengan perkongsian pelakon jelita ini tentang Rayyan yang mana posting terbaharu ini pula mencetuskan pengikut tidak dapat menahan ketawa mereka.

Ini kerana disaat Elfira Loy ingin merakam video yang kini menjadi trend iaitu menghulurkan tangan buat insan tersayang lalu mendapat balasan sweet ternyata Elfira Loy menerima balasan yang berbeza daripada anaknya itu.

Sehingga rakan selebriti juga tidak dapat menahan ketawa mereka dimana pengakhiran video dua beranak ini berakhir dengan sangat lucu.

Ruangan komen di posting pula ternyata dihujani dengan respon gelak besar netizen yang terhibur menonton telatah lucu Rayyan terhadap ibunya itu.

“Hahaha…”

“Kelakarlah Rayyan ni”

Pun begitu, nampaknya Elfira Loy berjaya akhirnya apabila anaknya memberikan balasan sweet terhadapnya selepas dihulurkan tangan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @elfiraloy


Sumber : Elfira Loy

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *