Hiburan

Dikec4m Kerana Kongsi Video Cuci Tuala Wanita, Aishah Azman Tak Ser1k Berd4kwah

Gara-gara video berkongsi ilmu pengetahuan tentang hukum mencuci tuala wanita, pelakon Aishah Azman baru-baru ini dikecam sesetengah netizen yang beranggapan dirinya bukan orang yang sesuai untuk berdakwah mengenai hukum-hakam agama Islam.

Namun begitu, ujar Aishah, dia tidak berasa serik untuk menghasilkan video-video seperti itu agar setiap insan yang menonton dapat memperoleh sedikit manfaat daripada perkongsian tersebut.


Aishah sebelum ini dikritik apabila dia didkwa seolah-olah mengajar wanita yang didatangi haid untuk bersikap pengotor kerana memberitahu hukum mencuci tuala wanita adalah sunat di sisi agama Islam.

Enggan mengambil pusing tentang kec4man yang diterimanya, Aishah berkata dia hanya berniat untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan mengenai perbuatan mencuci tuala wanita.

β€œSaya tidak pula ajar mereka supaya jadi pengotor. Jika wanita itu nak pilih untuk tidak mencuci perlulah seiring dengan cara yang betul iaitu balut rapi dan jaga kebersihan..”

Katanya lagi, dia tidak pernah mendesak dan terpulang kepada seseorang individu tersebut sama ada hendak cuci atau tidak tuala wanita yang dipakai mereka.

Dalam pada itu, Aishah turut menekankan bahawa Islam itu mudah dan sangat bersih jika seseorang itu memahami tuntutan sebenarnya.

Dia juga berkata bahawa tidak akan serik untuk terus berkongsi hukum dan ilmu Islam kepada orang ramai dan berharap penyampaiannya di media sosial sampai dan jelas kepada mereka di luar sana.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kami
Sumber: Beautifulnara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *