Hiburan

[VIDEO] Zarina Anjoulie Buang Tatu Nama Bekas Suami, Diteman Zoey Rahman. Ramai Doakan Mereka Ke Jinjang Pelamin

Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai pelakon Zarina Anjoulie dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon Zoey Rahman apabila mereka dilihat rapat.

Bagaimanapun, Zoey berkata mereka sedang mengenali hati masing-masing apatah lagi mereka sudah saling mengenali sejak tahun 2010 lagi.

Terbaru, Zarina atau lebih mesra disapa Anju ada memuat naik video pergi ke satu klinik bersama Zoey untuk membuang tatu yang ada di badannya.

VIDEO:


Menerusi video berkenaan turut memaparkan proses pembuangan tatu menggunakan kaedah laser. Anju juga memaklumkan tatu nama Yas (bekas suaminya) merupakan tatu pertama yang dibuang olehnya.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan agar Anju akan berubah menjadi lebih baik selepas membuang tatu di badannya. Malah, ramai mendoakan hubungannya bersama Zoey berkekalan dan sampai ke jinjang pelamin.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *