Hiburan

[VIDEO] Syok Betul Agaknya, Adik Ni Baring Kat Tanah ‘Layan’ Hujan Turun Sampai Tersenyum ‘Bahagia’

Ingat lagi tak masa zaman kita kecik-kecik dulu, macam-macam benda kita pernah buat kan? Mandi hujan, berkubang dalam sawah, terjun sungai ramai-ramai, main bola sepak sampai senja dan banyak lagi.

Semua aktiviti ‘santai’ ni kebanyakannya sempat dirasa oleh mereka yang lahir zaman 70an hingga penghujung 90an. Sekarang bila dah dewasa, bila teringat balik zaman tu mesti akan tersenyum. Terkenang memori zaman indah kanak-kanak.

Bercakap pasal mandi hujan, tak ramai lagi dah kanak-kanak zaman sekarang yang ‘berani’ mandi tengah-tengah hujan. Kalau ada pun, mungkin budak kampung yang ‘alah bisa tegal biasa’ dengan lecak lumpur hujan bagai ni.

Seperti video yang dikongsikan di laman Twitter Hibooran ini, kelihatan seorang budak kecil sedang ‘syok’ berbaring di atas simen di luar rumah sambil menadah air hujan yang turun.

Menariknya, budak ini terlalu ‘sedap’ melayan air hujan sampai terlelap-lelap matanya tersenyum. Boleh kata ‘sebiji’ macam zaman kita kecik-kecik dulu. Jom tonton video ini.

Komen-komen pilihan

Video ini telah ditonton lebih 90,000 kali setakat ini. Ada beberapa netizen yang ‘panjang akal’ menulis kapsyen bagi video ini.

“Ingin ku sudahi badut ini..tetapi hati tak ingin berhenti…”

“Bukan karena sudah terlalu jauh..berharap akan dekat dan teduh..”

“Tugasku sudah selesai..”

“Aku hanya butiran pasir untuk tayamum di matanya..”

“Hahaha enak juga suara k3ntut..”

Sumber: Twitter Hibooran

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://siakapkeli.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *