Hiburan

Dah jadi mommy, wajah tak berubah Erynne Erynna jadi bualan peminat, “Mcm adik & kakak…”

Bagi penonton setia drama dan filem tempatan, pasti sudah cukup kenal dengan pelakon cilik bernama Erynne Erynna ini.

Bakat pelakon ini sememangnya tidak dapat dinafikan sehingga banyak menghiasi kaca televisyen dek kerana lakonannya yang begitu menyentuh perasaan penonton.

Apa yang membuatkan dia dikagumi oleh penonton kerana bakatnya yang masih kecil namun dapat membawa pelbagai watak dengan sangat baik malah jika anda ingat, dia juga antara pelakon dalam sebuah filem seram popular berjudul, Congkak pada tahun 2008 dan Damping Malam sekitar tahun 2010.

Namanya bagaimanapun kembali mendapat perhatian selepas kemunculannnya berlakon dalam drama berjudul The Gadis dan ramai tidak menyangka bahawa pelakon ini bakal bergelar ibu ketika itu sehingga tular di media sosial.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erynne Erynna (@erynneerynna)


Pun begitu, lebih membuatkan peminat teruja juga Erynne Erynna yang kini berusia 24 tahun turut beralih ke laman Instagram untuk berkongsikan perkembangan dirinya dan antaranya juga telatah dia bersama puterinya ini yang begitu comel.

Tetapi bukan telatah comel Erynne Erynna bersama anaknya sahaja yang menjadi tumpuan netizen malah wajah dia juga mencuri perhatian mereka.

Ini kerana rata-ratanya melihat wajah Erynne Erynna tidak berubah sejak kecil sehinggakan ada juga yang tidak percaya dengan masa yang berlalu ini.

“Muka dari kecik sampai dah jadi mommy still tak berubah…”

“Rasa macam movie Congkak baru keluar”

“Macam adik dan kakak…”

Sumber : Erynne Erynna

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *