Hiburan

Bakat solekan persis Jackie Chan viral, jurusolek ini dipuji netizen

Solekan kini tidak lagi terbatas dengan hanya memakai produk asas diwajah seperti foundation, lipstik dan bedak sahaja namun kini tidak dinafikan solekan semakin menjadi popular dengan bermacam-macam teknik yang mengagumkan.

Kini orang ramai juga dapat belajar cara solekan yang lebih style dimana ada juga jurusolek yang mencabar diri untuk membuat solekan mengikut wajah-wajah orang lain.

Seperti mana yang dapat ditonton dalam satu rakaman video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok atas nama, Make up by Zaross yang difahamkan seorang jurusolek apabila bakat solekan yang ditunjukkan membuatkan netizen begitu kagum.

Ini kerana, dia yang menerima permintaan daripada salah seorang netizen memintanya membuat solekan persis pelakon terkenal, Jackie Chan lalu tidak semena-mena dia terus menyahutnya.

Walau bagaimanapun hasilnya mengundang netizen memberikan pujian terhadap bakat solekan jurusolek ini yang mana anda boleh lihat sendiri, hasilnya boleh tahan sama dengan wajah pelakon popular itu.

Dalam pada itu, netizen juga ada meninggalkan permintaan untuk jurusolek berbakat itu untuk membuat solekan seperti selebriti-selebriti terkenal yang lain.

“Perhh g1la terbaik, dok toretto satu sis. We’re family”

“Ha alang-alang tu kak buat muka Dato Siti Nurhaliza”

“Hahaha hebar la”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *