Hiburan

Bila Ogy Kata ‘Tiada Lagi Ali Slps Ini’ Sekali Aznil Tampil Dedah Sesuatu Tentang Azmil Mustapha

“Lepas ini, tiada lagi panggilan Asmidar dan Ali,” kata aktres Fauziah Datuk Ahmad Daud atau lebih dikenali dengan nama Ogy Ahmad Daud.

Ini antara luahan pelakon versatil Fauziah Datuk Ahmad Daud atau lebih dikenali sbg Ogy atas pemergian sahabat baiknya satu ketika dulu.

Siapa tak kenal Filem Ali Setan (1985) yang heronya Arwh Azmil Mustapha dan heroinnya Fauziah Datuk Ahmad Daud.Panggilan ‘Ali’ dan ‘Asmidar’ begitu senonim hingga melekat
dihati peminat hingga ke hari ini.

Ustaz Azmil Mustapha (1 Januari 1953 – 14 Februari 2018) ialah seorang bekas pelakon dan penceramah lelaki Malaysia yang pernah menjadi fenomena pada lewat tahun 1980-an di Malaysia. Bermula dengan filem yang mencecah kutipan pecah panggung iaitu filem Mekanik (1983) yang turut dibintangi legenda bola sepak tanah air iaitu Dato’ Mokhtar Dahari sebagai pelakon undangan.

Antara filem yang turut melonjakkan nama beliau ialah Ali Setan (1985), Ali Setan 2 (1986) dan Suara Kekasih (1986). Gandingan paling ideal pada era tersebut adalah antara beliau dan Fauziah Ahmad Daud. Selain itu, antara filem yang turut mendapat sambutan adalah seperti Driving School (1990), Fifty/Fifty (1991) dan Iman Alone (1998).

 

Kenangan indah dua pelakon utama Ali Setan iaitu Arwh Azmil Mustapha dan Ogy

 

Apa kata Ogy

“Lepas ini, tiada lagi panggilan Asmidar dan Ali,” ujar aktres Fauziah Datuk Ahmad Daud atau lebih dikenali dengan nama Ogy Ahmad Daud.

Katanya, panggilan itu terus melekat sejak beliau dan Azmil Mustapha menjayakan filem fenomena, Ali Setan.

“Dia menggelarkan diri sebagai Ali, malah turut memanggil saya dengan Asmidar. Panggilan itu terus ‘lekat’ sampai hari ini,” katanya .

 “Kali akhir saya dapat bercakap dengan dia adalah pada tahun ini. Ketika itu saya mengundang dia untuk datang ke program Huru Hara.

“Tapi, dia menolak kerana katanya ini bukan masa yang sesuai. Lagipun, dia kata dah lama tak tengok TV.

 Bagi pelakon filem Langit Cinta ini, Azmil bukan sahaja sahabat dan rakan artis, malah seperti abang kandungnya sendiri.

“Dia menjaga saya seperti adik terutama ketika kami sama-sama menjalani penggambaran filem Ali Setan.

“Saya juga tak pernah dengar dia bercakap buruk pasal orang, semuanya baik-baik sahaja. Dia seorang yang sangat selesa untuk berkawan dan berbual,” katanya lagi.

Apatah lagi arwah merupakan antara penyokong kuat dalam setiap langkah hidupnya.

“Masa saya mula-mula berhijrah, dia orang pertama datang ketuk pintu rumah saya dan bagi sokongan.

“Masa saya pilih untuk kembali berlakon selepas berhijrah, dia juga sokong dan katakan itu adalah ketentuan ALLAH.

“Dia juga nasihatkan saya agar jangan melupakan-NYA dalam setiap apa yang lakukan,” katanya.

 

Namun disebalik luahan Ogy rupanya ada cerita juga dari pengacara terkenal iaitu Datuk Aznil Nawawi tentang arwah dengan dirinya.

 

“Hari ini (semalam) abang hensem yang sentiasa tersenyum ini pergi mengadap Illahi selama-lamanya” – Aznil

Luahan Datuk Aznil

Pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi atau Pak Nil akui pemergian aktor Azmil Mustapha meninggalkan kesan mendalam buatnya.

Bekas hos Akademi Fantasia itu menceritakan beberapa peristiwa menarik yang dilalui sepanjang mengenali Azmil ketika hayat beliau.

Pak Nil berkata, bintang filem Mekanik itu tak ubah seperti abang kandungnya sendiri.

“Aku meminati pelakon ini bukan sahaja kerana lakonannya tetapi kerana nyanyiannya. Album solonya aku beli dengan duit yang aku kumpul masa sekolah.

“Nama dia hampir sama dengan nama aku dan bila aku dapat mendekatinya setelah sama-sama terlibat dalam bidang seni, aku lihat dia sebagai seorang abang,” tulisnya dalam kenyataan di Instagram.

Pak Nil mendedahkan Azmil yang dikenalinya adalah seorang selebriti yang baik, berbudi bahasa serta menghormati orang lain.

“Aku pernah cium tangannya ketika bertembung dengannya di KLIA. Masa itu aku nak ke Hollywood. Tutur kata dia lembut sangat.

“Dia pesan jaga diri di Hollywood dan jangan tak balik pula. Walaupun dia dah berjubah, dia tak ada pun tunjuk kebencian pada kerja seni,” katanya.

Di kesempatan sama, Pak Nil yang meluahkan rasa rindu terhadap Azmil turut mendoakan kesejahteraaan arwah.

“Hari ini (semalam) abang hensem yang sentiasa tersenyum ini pergi mengadap Illahi selama-lamanya. Tapi sebenarnya dia berhijrah ke alam abadi yang lebih indah di sana.

“Nanti kalau bertemu di sana, aku akan cium tangannya lagi. Abang rehatlah. Al Fatihah buat Haji Azmil Mustapha,” luahnya.

Azmil menghembuskan nafas terakhir di rumah keluarganya di Shah Alam kerana mengalami komplikasi jantung, kira-kira jam 12.40 tengah hari pada Rabu.

Beliau meninggl dunia di usia 64 tahun.

Sumber : Sinar,susunan NV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *