Hiburan

Beria jaga anak tuan, bila dah beranak ibu kucing bawa duduk sekali cuit hati netizen

Nampaknya telatah seekor kucing mencuit hati netizen kerana tuannya berkongsikan kepada umum tentang perangai comel haiwan peliharaannya itu.

Melalui ruangan TikTok, dia berkata mula-mula dikurniakan anak, kucing miliknya ini sangat beria ingin menolong menjaga.

Namun begitu, belum cukup dua bulan kucingnya menjaga anaknya, haiwan kesayangannya itu pula beranak. Wah semakin meriah lah!

Tetapi lebih mencuit hati, dalam rakaman jelas menunjukkan bagaimana telatah ibu kucing comel ini yang seperti meminta tuan pula menjaga anak miliknya.

Si comel itu dilihat membawa anaknya dengan selamba untuk diletakkan disamping anak tuannya pula diatas tilam dengan seloroh tuannya, kini dia pula disuruh menjaga si bulus itu.

Netizen bagaimanapun diruangan komen selain merasa terhibur kerana dapat melihat gelagat comel ibu kucing itu dengan anak tuan, mereka mengatakan ibu kucing itu ingin menjaga anaknya.

Ini kerana sifat yang dimiliki oleh ibu kucing yang ingin melindungi anak-anak.

“Memang kelakar tapi sebenarnya dari psychology sebenarnya ibu kucing tu nak jaga anak awak sekali.”

“Dia kata aritu aku tolong jaga anak kau kan, sekarang tolong jaga anak aku ni”

“Hello, kau ingat kau sorang je ada baby. Aku pun ada. Nah tolong jaga kejap…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook kami

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *