Hiburan

PU Riz Ded4hkan Ada Sepatutnya Ke G4za Bersama Neelofa Dan Ebit Lew Jun Lalu

Pendakwah selebriti, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz mended4hkan bahawa dia dan isteri, selebriti Neelofa ada menerima tawaran dan sekaligus membuat perbincangan untuk menyertai misi bantuan ke G4za bersama-sama dengan Heliza Helmi, Hazwani Helmi dan Ustaz Ebit Lew pada bulan Jun yang lalu.

Ujar Haris,25, tawaran untuk ke wilayah berg0lak itu datang daripada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan khabarnya sudah menjalankan perbincangan dalam talian antara mereka.

 Sejujurnya, betul saya bersama isteri dan beberapa selebriti lain termasuk Ebit mendapat tawaran untuk ke G4za. Dan pergerakan ke sana juga dijadual pada Jun. Namun, saya dimaklumkan projek ini tidak dapat diteruskan atas beberapa sebab.

“Kemudian, saya dapat tahu Ebit bersama pasukan dapat ke sana bagi menjayakan misi mereka. itu adalah rezeki mereka,” katanya kepada URTV.

Selain mengesahkan jemputan tersebut, PU Riz turut berharap agar orang ramai berhenti membuat pelbagai spekulasi terhadap isu berkenaan.

“Cukup untuk saya jelaskan yang mana memang saya bersama yang lain termasuk Ebit dijemput untuk ke sana. Apa yang berlaku selepas itu, saya tidak ada pengetahuan apa-apa mengenainya.

“Saya harap perkara ini jelas dan orang ramai berhenti untuk membuat spekulasi. Saya berdoa semoga segala kebaikan yang kita kerjakan mendapat keredaan Allah,” katanya.

Maklumnya lagi, dia kemudiannya mendapat tahu Ebit Lew dan pasukannya dapat ke sana bagi menjayakan misi mereka dan menganggap itu adalah rezeki pendakwah tersebut untuk menjejakkan kaki ke bumi G4za.

Dia dalam pada itu meminta orang ramai berhenti membuat spekulasi mengenai dia dan Neelofa susulan daripada pendedahan penyanyi Caprice yang sebelum ini disebut-sebut terpilih untuk ke G4za bersama Ebit Lew.

Pendedahan Caprice itu sekaligus menimbulkan spekulasi di mana wujud dkwaan bahawa Ebit Lew telah mengambil kertas cadangan berkenaan untuk meneruskan misinya sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kami
Sumber: Beautifulnara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *